31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 10 ribu lagi ‘Bakul Makanan’ diperlukan untuk Ranau: Abidin Madingkir

ABIDIN ( ketiga kiri) …menyampaikan bantuan bakul makanan asas kepada salah seorang penerima di Kg. Nampasan, pada Khamis

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir merayu kepada Kerajaan Negeri agar baki 10 ribu bantuan bakul makanan yang dipohon Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Ranau dapat dipertimbangkan untuk kelulusan bagi membantu rakyat di sini yang terkesan akibat COVID-19.
 
Beliau berkata, sebelum ini PKOB Ranau telah memohon sejumlah18,500 bakul makanan untuk diagihkan, namun yang diluluskan hanya 8,050 bakul sahaja.
 
“Ini bermakna, kita masih kurang dalam 10 ribu bakul untuk diagih-agihkan kepada keluarga yang memerlukan dan telah disenaraikan sebagai penerima bantuan terutama golongan B40.
 
“Dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan sahaja, lebih enam ribu lagi bantuan bakul makanan yang diperlukan untuk diagihkan kepada golongan sasar,” katanya ketika dihubungi Borneo Daily Bulletin, hari ini.

MAKANAN ASAS.. Abidin menyampaikan beras kepada salah seorang penerima pada majlis itu.

Justeru, Abidin berharap agar kerajaan negeri melihat keperluan ini seterusnya mempertimbangkan dengan sewajarnaya permohonan tersebut untuk mengurangkan beban yang dihadapi rakyat sepanjang tempoh yang sukar ini.
 
Terdahulu, Abidin yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, telah menyempurnakan gimik penyerahan bakul makanan ketagori B40 dan e-Kasih, kawasan DUN Paginatan di Kampung Nampasan, di sini kemarin.
 
Turut hadir, Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Samsir, Penolong Pegawai Daerah Ranau, Florencia Padasian, Pegawai Kesejahteraan Rakyat, Samdin Rijin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Hisyamuddin Harun dan kakitangan UPPM DUN Paginatan.
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN