24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LDAH tambah trip bot penumpang Labuan-Menumbok sempena Hari Raya

LABUAN: LDA Labuan (Holdings) Sdn. Bhd. (LDAH) memaklumkan trip perkhidmatan bot penumpang Labuan-Menumbok telah ditambah bagi membolehkan orang ramai pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri.

Pengerusi Eksekutif, LDAH yang baharu dilantik, Noor Halim Datuk Zaini (gambar) berkata, penambahan trip itu yang bermula pada 19 April ini membabitkan 20 trip tambahan  sehari dari Labuan ke Menumbok berbanding 10 trip bagi hari-hari biasa.

“Jumlah itu boleh ditambah sekiranya permintaan pengguna untuk balik kampung masih tinggi pada hari-hari tersebut”

“LDAH sanggup menyediakan bot penumpang yang datang dari Menumbok tanpa penumpang semata-mata untuk mengambil penumpang dari Labuan yang hendak balik kampung ke tanah besar Sabah dengan selamat” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini kelmarin.

Noor Halim berkata, pihaknya meramalkan lebih 6,000 pengguna/penumpang akan keluar dari Labuan menggunakan perkhidmatan bot penumpang  untuk balik ke tanah besar Sabah beberapa hari sebelum menjelangnya Aidilfitri.

Katanya, 80 peratus pengguna bot dan feri penumpang yang dikendalikan melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan melibatkan sektor Labuan-Menumbok. Selain Menumbok, destinasi lain adalah Sipitang, Lawas, Limbang dan Brunei. Bot-bot penumpang Labuan-Menumbok adalah selesa, selamat dan mendapat kelulusan pihak Jabatan Laut Malaysia.

Dalam pada itu, pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pergerakan bot penumpang  dari Labuan ke Menumbok atau ke Sipitang dan Brunei Darussalam boleh menghubungi talian 087-581006 atau menghantar mesej melalui WhatsApp ke talian 0138642117.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN