30 C
Kota Kinabalu
Rabu, November 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

LCCC lakukan Kunjungan Hormat ke JPJ Labuan

Wong (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Sairin sempena Kunjungan Hormat tersebut.

LABUAN: Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Labuan, baru baru ini.

Kunjungan seramai tujuh orang ahli LCCC itu diketuai oleh Presidennya Datuk Wong Kii Yii.

Kehadiran mereka di pejabat JPJ disambut mesra oleh Pengarahnya, Sairin Dula @ Sabdullah.

Pertemuan lebih satu jam itu bertujuan mengeratkan hubungan dua hala disamping berkongsi peranan antara kedua dua pihak.

Wong berkata, pertemuan itu juga turut membincangkan isu-isu yang dibangkitkan khususnya mengenai kesalahan lalu lintas dan jalan raya.

“Kami juga turut mencadangkan program-program kesedaran sivik mengenai peraturan dan undang-undang jalan raya agar pengguna mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan” katanya dalam satu kenyataan media disini,

Hadir sama, Timbalan Presiden LCCC Dato’ Robert Seah, pegawai pengurusan JPJ Labuan serta ahli jawatankuasa LCCC.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN