33 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LCCC bantu aktifkan industri pelancongan Labuan

MESRA…. Wong (empat dari kanan)dan Rithunan (duduk tengah) bersama ahli ahli LCCC dan Persatuan Penggiat Pelancongan Labuan yang mengadakan kunjungan hormat terhadap Rithuan, pada Isnin.

LABUAN: Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC)  terus bergerak kehadapan  untuk membantu secara aktif industri pelancongan Labuan  yang dilihatnya ketika ini kurang bermaya.

Presiden Dewan itu, Datuk Wong Kii Yii berkata, usaha untuk membantu industri pelancongan di pulau ini adalah susulan kunjungan hormat dewan itu terhadap Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuchinh Sarawak  bulan lalu.

“Kami juga mahu  membantu organasasi industri pelancongan di pulau ini yang menghadapi masalah dapat diberikan perhatian bukan sahaja oleh Menteri Pelancongan tetapi juga dapat bekerjasama dengan pihak Perbadanan Labuan  membantu pemain industri pelancongan di sini” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail di pejabatnya di Wisma Perbadanan Labuan, kelmarin

Turut sama dalam kunjungan hormat itu, Pengerusi Penggiat Industri Pelancongan Labuan, Tong Poh Tong.

Wong berkata, pihaknya bersama Persatuan Penggiat Pelancongan Labuan akan bekerjasama dalam menjayakan apa juga program dan aktiviti yang dijalankan  oleh kerajaan  berkaitan pelancongan.

“Kami menyedari kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah baharu, namun ia tidak begitu kondunsif kepada pembangunan pelancongan menyebabkan industri pelancongan khususnya di Labuan terbantut yang turut memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat di pulau ini” katanya.

Jelas beliau, LCCC tidak akan berdiam diri untuk sama sama bergerak  aktif ke hadapan  bagi membantu mendapatkan perhatian daripada  kerajaan dan mencari penyelesaian untuk merancakkan industri pelancongan di Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN