30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LAWA agih 1200 pek bubur lambuk

PENGARAH Hospital Labuan, Dr Adnan Musa (dua dari kiri) menerima agihan bubur lambuk daripada Rozman (tiga kiri) sambil diperhatikan  Yantei (kanan sekali)

LABUAN:  Pertubuhan Wanita Aktif Berwawasan Labuan  atau Labuan Active Vasionary Women Association (LAWA) berjaya mengagihkan  1,200 pek bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan, Maahad Tahfiz dan juga orang ramai.

Pengerusi LAWA, Yantei Bakir berkata terdahulu sebelum itu pihaknya dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Bedaun telahpun bergotong royong memasak  bubur lambuk menggunakan 40 kilo beras  bersama bahan bahan lain yang disediakan oleh LAWA.

Progam yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu telah diadakan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun.

AGIH…. Rozman mengaggihkan bubur lambuk kepada salah seorang ahli LAWA  sambil diperhatikan Yantei (tengah)

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah hari ini LAWA bersama sama JPKK Sungai Bedaun telah berjaya melaksanakan  aktiviti memasak bubur lambuk secara gotong royong dan seterusnya diagihkan kepada orang ramai termasuk petugas barisan hadapan COVID 19” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pengaggihan bubur lambuk kepada petugas JPKK dan LAWA di Dewan Komuniti  Kampung Sungai Bedaun pada Sabtu.

Jelasnya, antara petugas barisan hadapan yang menerima agihan bubur lambuk berkenaan ialah anggota keselamatan membabitkan   polis dan tentera  serta kakitangan hospital Labuan yang dihantar terus ke lokasi masing masing oleh LAWA.

Majlis pengaggihan  bubur lambuk itu disempurnakan bersama oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dan juga kepimpinan LAWA serta  JPKK yang diketuai oleh Ketua Kampung Sungai Bedaun Rosmani Puteh.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN