27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mac 9, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

LaRis anjur Seminar Penyelidikan dan Pameran Keeaviti dan Inovasi di Korea Selatan

Hyginus (kiri) menyampaikan sijil kepada pembentang Nurulhuda Mohd Derus dan Junaidah Baharuddin,

LABUAN: Persatuan Penyelidikan, Inovasi, dan Kreativiti Labuan (LaRIS) telah menganjurkan Seminar Penyelidikan dan Pameran Kreativiti dan Inovasi kali ke-10 yang berlangsung di Hotel Recenz, Dongdaemun, Korea Selatan, baru baru ini.

LaRIS 10th International Creativity and Innovation in Education for Language Teaching & STEM 2025 yang nerlangung selama dua hari itu mengetengahkan sebanyak 37 pembentangan dalam talian dan 14 pembentangan bersemuka dari dalam dan luar negara.

Penilai jemputan pula terdiri daripada 10 hakim tempatan dan masing-masing seorang dari New Zealand dan Jepun.

Pembentangan fitur antarabangsa secara maya disampaikan oleh Joseph P. Nacionales dari Eastern Visayas State University, Filipina bertajuk “Reimagining generative AI use in the English classroom through socio-technical approach”,

Dr Louie Gee S. Carmen dari Camiling School for Home Industries, Filipina bertajuk “An overview of STEM research” dan Marge Joseph Sardo dari Tokyo Metropolitan Board of Education, Jepun bertajuk “Egg-sploring pragmatics: A Philippines balut story in the Japanese classroom”.

Sementara itu, Guru Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang Wilayah Persekutuan Labuan, Rajeswari a/p Perumal meraih Pilihan Hakim (Diamond Prize) dengan tajuk “Enhancing sentence construction skills of Year 5 Remedial pupils through colour-coded sentence strips”.

Hyginus (duduk empat kanan) bersama pembentang bersemuka di Korea Selatan

Manakala pingat emas (Gold Prize) dimenangi oleh pembentang berkumpulan dari SJK(C) Chung Hwa Labuan, Michele Edmund dan Lee Zhen Huan bersama Hyginus Lester dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan bagi kajian tindakan bertajuk “Improving Year 2 pupils’ mastery of 3 letter words using Tic Tac Toe game”.

Pingat emas (Gold Prize) kategori individu dimenangi oleh Adeline Leong Suk Yee untuk kajian konvensional “Teacher trainee readiness, perceived usefulness, and academic integrity in the use of GPT”.

Immaculata Demetra Dionysius Asai untuk kajian tindakan “AI-powered gamified task: Enhancing Form 2K3 students’ writing skills through the use of Canva code”.

Pengerusi LaRIS, Dr. Hyginus Lester Junior Lee ketika berucap berkata, penganjuran seminar dan pameran kreativiti dan inovasi tahun ini sangat bermakna kerana acara ini diadakan bersempena ulang tahun kesepuluh program seminar dan pameran ini berlangsung.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada It’s English School of English Indonesia kerana bekerjasama menjayakan seminar ini sebagai rakan strategik.

Beliau gurut mengucapkan terima kaaih kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan atas sokongan penyertaan guru-guru di Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN