Antara peserta Larian Amal Tabung Pahlawan peringkat Negeri 2024.
SEMPORNA : Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) bersama Veteran ATM telah menyempurnakan Flag off Larian Amal Tabung Pahlawan yang telah dianjurkan oleh Persatuan Veteran Komando Malaysia (PVKMS) di Kompleks Sukan Daerah Semporna, Sabah baru-baru ini.
Larian Amal Tabung Pahlawan 2024 antara aktiviti Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS) dan Mej Biyazid bin Reduan @ Redzuan (B) merupakan pengarah program.
Seramai 120 penyertaan pada larian kali ini yang merupakan satu langkah proaktif dalam berkongsi kasih dan menyokong pahlawan negara kita yang telah berkorban demi keamanan dan kemakmuran negara.
Dengan bertemakan “Berkongsi Kasih, Menyokong Pahlawan Kami,” mengajak masyarakat untuk bersama-sama menghargai dan menyumbang kepada kehidupan mereka yang telah menjunjung tinggi tugas kemanusiaan.
Sasaran Kempen Tabung Pahlawan adalah sebanyak RM 3 juta bagi melancarkan aktiviti aktiviti kebajikan kepada Veteran ATM .
Yang Berbahagia Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus mewakili JHEV ATM serta Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin dengan nasib dan hal ehwal Veteran ATM. Malah, aspek kesejahteraan Veteran ATM telah menjadi salah satu teras utama dalam fokus kementerian ini.
Sehubungan itu, JHEV ATM akan meneruskan skim-skim bantuan kebajikan, perubatan, pendidikan dan perumahan sedia ada serta menambahbaik perkhidmatan dalam agenda memperkasakan kebajikan Veteran ATM, juga meneruskan usaha untuk mencari pendekatan terbaik dalam meningkatkan taraf kehidupan Veteran ATM khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang kian meningkat.
Antara Skim Bantuan JHEV ATM ialah, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Persekolahan, Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi, Bantuan Peralatan Pesakit Bantuan Bencana Alam, Bantuan Perubatan, Bantuan Perumahan.
Pada tahun 2023, seramai 33,042 Veteran ATM telah menerima manfaat skim kebajikan JHEV ATM dengan jumlah bantuan keseluruhan bernilai RM 62.57 juta.
Program Lawatan Kerja Ketua Pengarah JHEV ATM telah berlangsung pada 5 Februari 2024 sehingga 14 Februari 2024 di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sabah. Lawatan ini merangkumi Program Cakna Veteran ATM, Sesi Dialog, Majlis Penyerahan Rumah dan Perasmian Larian Amal Kempen Tabung Pahlawan
Turut hadir pada hari ini ialah Leftenan Kolonel Azwadi bin Jamian (B) Ketua Pegawai Operasi Yayasan Veteran ATM, Mejar Noor Khairi Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Encik Marasun Pegawai Belia dan Sukan Daerah Semporna, Encik Sani bin Osman Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia wakil Pegawai Daerah Semporna dan wakil-wakil persatuan.