31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Lapan Negara Sertai BOHEX 2024 21 Hingga 25 Disember Depan

Arieff (tengah) bersama penganjur yang terlibat dalam BOHEX2024 sewaktu mengadakan sidang media

KOTA KINABALU: Sebanyak lapan buah negara berminat menyertai Borneo International Halal Exhibition (BOHEX) 2024 dijadualkan akan berlangsung bermula 21 hingga 25 Disember depan.Menurut Pengarah Urusan Eminent Sorce Sdn Bhd, Mohd Arieff Hafizi Mohd Hashim yang juga 

merangkap penganjur BOHEX 2024, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun menghantar jemputan kepada negara-negara tersebut dan berharap mereka hadir untuk sama-sama berkongsi berkaitan industri halal.

“Dari segi penglibatan negara luar, terdapat lapan buah negara telah menunjukkan minat untuk menyertai BOHEX 2024 iaitu Indonesia, Brunei, Singapore, China, Thailand, Jepun, Arab saudi dan Cambodia yang mana jemputan telah pun dihantar kepada mereka oleh JAKIM.

“Inisiatif kita untuk memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya halal ini dan masa yang sama kita tidak akan tertumpu kepada produk makanan sahaja, kita terbuka kepada pakaian, logistik, mesin dan semua yang berkaitan dengan industri halal itu sendiri.

“Penganjuran kali ini akan mempamerkan tema dan idea-idea yang baharu, ia menampilkan sedikit perubahan dari segi susun atur acara dan juga perkongsian ilmiah serta pendekatan teknologi yang pelbagai yang melibatkan industri halal,” ujarnya dalam sidang media BOHEX 2024 di SICC pada Khamis.

Penganjuran BOHEX 2024 akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) melibatkan kerjasama JAKIM, Eminent Source Sdn Bhd dan juga beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Menurut Arieff, pelbagai program menarik akan mengisi aturcara BOHEX 2024 dan berharap masyarakat sekitar hadir menyaksikan sendiri acara yang disajikan.”Pada penganjuran kali ini, kami akan menampilkan beberapa artis tempatan yang pihak Bohex akan umumkan pada media sosial rasmi dalam masa terdekat.
“Kita turut menyediakan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah anataranya Kereta Perodua Bezza, Axia, motosikal dan juga peralatan kelengkapan rumah.
“Selain itu, perkhidmatan shuttle bas secara percuma yang meliputi enam kawasan iaitu Suria Sabah, Imago,1Borneo, ITCC, KKIA dan Pan Borneo Hotel ke SICC turut disediakan,” katanya.

Tambah beliau, maklumat lanjut mengenai program boleh didapati melalui facebook (Bohex2024), tiktok (Bohexoffial.my), instagram (Bohexofficial), website (Bohex.com.my) serta talian 013 9951645 dan juga 088 210314.-Penerangan-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN