30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lanjut pelajaran, Aleea dan Azuan, terima sumbangan dari Robert Tawik

Diana mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Blasius.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri menghulurkan sumbangan kewangan kepada adik Aleea Natascha Blasius dari  Kampung Mararagang Apin-Apin.

Aleea Natascha mendapat tawaran  melanjutkan pengajian ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dalam Program Diploma Kejururawatan di Universiti Sains Malaysia, Sabah (UMS).

Sumbangan disampaikan oleh Kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor Puan Diana Basir mewakili Robert kepada ayah Aleea Natascha Blasius Kuyubin.

Blasius mengucapkan terima kasih kepada Robert atas Sumbangan tersebut.

Menurutnya, dengan adanya sumbangan tersebut dapatlah meringankan bebanan keluarganya.

“Kewangan yang diberikan itu juga akan digunakan   keperluan  untuk kos-kos persediaan  semasa mendaftar masuk ke kampus UMS nanti” ujar Blasius.

Turur menerima sumbangan kewangan daripada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya adalah Azuan Hakimi Jubirin yang berjaya mendapat tawaran mengikuti Program Diploma In Phatmacy di Kolej Cyberjaya Kota kinabalu.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor Roger Joanes yang mewakili Robert yang kepada ayah Azuan Hakimi Jubirin @ Samsul Richard.

Jubirin mengucapkan terima kasih kepada Robert atas keprihatinannya dan sumbangan yang diberikan.

Untuk rekod sebelum ini Robert telah menghulurkan sumbangan kewangan kepada para pelajar yang menerima tawaran dipelbagai Institusi dan Kolej di negara ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN