29.1 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Laluan “low level crossing” sungai Liawan ditutup sementara

TINJAU.….Robert (dua dari kanan)bersama rombongan semasa meninjau laluan low level crossing yang mengalami kerosakan itu.

KENINGAU:Laluan “low level crossing” sungai Liawan di Kampung Dangulad akan ditutup kerana kini ia mengalami kerosakan dan dikhuatiri merbahaya kepada pengguna.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, laluan itu perlu ditutup bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, laluan lencongan sementara akan dibina bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelanggaraan laluan low level crossing itu.

“Kita telah berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR)Daerah bagi tujuan penutupan laluan itu”  katanya selepas meninjau keadaan laluan low level crossing yang mengalami keroskan itu pada Sabtu.

Turut sama dalam tinjauan itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Bingkor Junior Fred dan beberapa kakitangan JKR dan UPPM Bingkor.

Untuk rekod laluan low level crossing itu telah mengorbankan nyawa dua adik beradik apabila kenderaan yang mereka naiki yang dipandu bapa mereka hanyut semasa melalui laluan itu pada bulan November lepas. /

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN