27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LALUAN ALTERNATIF KEDUA DIBUKA MALAM INI, ATASI KESESAKAN DI JALAN TAGUDON BARU -SINARUT BARU: PENGARAH JKR

TINJAU…..Arman ( ketiga dari kiri) semasa meninjau kejadian jalan putus dekat bulatan ikan, di sini, hari ini.

RANAU: Satu lagi laluan alternatif akan dibuka kepada kenderaan ringan bermula malam ini selain laluan alternatif sedia ada di Kg.Sinarut Baru – Kg.Tagudon Baru yang dibuka semalam.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Haji Arman Abdul Muin, berkata laluan alternatif baru itu akan melalui jambatan Sungai Takurik sebelum masuk ke kawasan Gereja SIB Pekan, Ranau.

Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan dan menabur batu pada laluan ini, kini sedang giat dilakukan syarikat konsesi selepas perundingan di antara Pejabat Daerah Ranau dan pihak pengurusan gereja selaku pemilik tanah mencapai persetujuan bersama.

AKAN DIBUKA…Laluan alternatif kedua Jambatan Sungai Takurik – Gereja SIB Pekan, dijangka akan dibuka 7 malam ini (5 Januati 2023) untuk pengguna dari arah Pantai Timur.

“Jalan ini nanti akan menjadi laluan alternatif sehala dari arah pantai timur, contohnya dari Sandakan. Laluan dijangka akan dibuka jam 7 malam ini (5 Januari 2023)

“Manakala laluan alternatif Kg.Sinarut Baru – Kg.Tagudon Baru, hanya akan dilalui kenderaan dari arah Kota Kinabalu sahaja,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin ketika ditemui semasa lawatan di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Arman juga menjelaskan, bagi kenderaan berat seperti lori dengan muatan berat seperti trailer, lori tangki dan bas express, pihak JKR telah menetapkan Jalan Marak-Parak, Kota Marudu sebagai laluan alternatif.

“Kenderaan berat tidak dibenarkan menggunakan laluan alternatif Sinarut Baru – Tagudon Baru dan laluan Gereja SIB Pekan,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Amran memberitahu, kerja-kerja membina lencongan sementara sebagai laluan utama berhampiran jalan putus akan dimulakan secepat mungkin.

Pembaikan jalan sedia sedang giat dilakukan pihak konsesi. Laluan bakal dibuka 7 malam ini.

“Pembinaan lencongan menggunakan ‘box culverts’ akan disegerakan oleh pihak konsesi bagi membolehkan kerja-kerja pada laluan utama yang runtuh dan terputus dapat dilakukan.

“Bagi mengatasi kejadian runtuhan berulang yang mengakibatkan jalan putus, satu jambatan kekal akan dibina untuk menggantikan kalbut konkrit sebelum ini yang telah musnah akibat banjir.

“Baagaimanapun beberapa perkara teknikal termasuk prosedur perlu dipatuhi sebelum apa-apa tindakan susulan atau kerja-kerja pembinaan dimulakan,” jelasnya beliau.

Tambah Arman, keutamaan ketika ini ialah membina lencongan, dan kerja-kerja membina dijangka mengambil masa 14 hari. Namun katanya, tempoh itu bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN