30 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan tidak tercicir Program MyBeras Wilayah Prihatin

SIMBOLIK…. Dr Fary menyerahkan kampit beras kepada Mohd Dzulfaizal secara pandu lalu di Wisma Perbadanan Labuan pada Isnin.

LABUAN: Warga Labuan khususnya  holongan B40 yang terkesan dengan pendamik COVID 19  tidak dipinggirkan daripada menerima sumbangan  beras melalui Program MyBeras Wilayah Prihatin sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Bagi Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, untuk tempoh bulan Januari ini,  Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Yayasan Wilayah Perasekutuan  (YWP) telah memperuntukan sebanyak 1,600 kampit beras untuk diedarkan kepada  penduduk Labuan  yang layak menerimanya melalui Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pengagihan tersebut.

Pengerusi MPP Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan berkata, untuk tempoh bulan Januari ini sebanyak 1,600 kampit beras telahpun di sediakan untuk diagihkan kepada penerima yang layak.

“Kita telahpun mengambil pendekatan untuk mengagihkannya secara berperingkat setiap minggu sebanyak 400 kampit yang akan dselaras oleh Pengerusi MPP setiap zon bersama Ketua Kampung masing-masing untuk mengenalpasti penduduk  yang layak menerima MyBeras khususnya mereka yang terjejas dengan pendemik COVID ” katanya.

SERAH….Mohd Dzulfaizal menyerahkan kampit beras kepada Pengerusi MPP Subzon

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Penyerahan Simbolik MyBeras dan Bakul Makanan Kenduri Satu Wilayah sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan peringkat Labuan di Wisma Perbadanan Labuan, pada Isnin.

Majlis penyerahan yang dilakukan dalam norma baharu  itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbandanan Labuan, Dr, Fary Akmal Osman.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad,  Pegawai Jabatan Pertahanan Awan Labuan, Kapten (PA) Japlin Haji Siping, Pengarah Jabatan Perbandaran Perbadanan Labuan, Datuk  Osman Che Jusoh dan Timbalan Pengerusi MPP Zon Labuan, Haji Hadnan Mohamad.

Menurut Dzulfaizal, program MyBeras ini akan berterusan untuk tempoh beberapa bulan sehinggalah  negara benar benar pulih daripada penularan wabak COVID  19.

“ Justeru itu beliau berharap kepada mereka yang memerlukan bantuan MyBeras  boleh memohon  dengan menghubungi terus Pengerusi MPP Sub Zon atau Ketua Kampung masing-masing” katanya.

Dalam waktu yang sama beliau menjelaskan kaedah pengagihan beras tersebut  mengunakan pemberian kupon yang  mempunyai tarikh  untuk dituntut di pasarsaya terpilih bagi mengelakan kesesakan sekaligus memenuhi SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sementara itu, Dr. Fary berkata, Program MyBeras merupakan salah satu program yang diletakan di bawah Cakna Kemiskinan selaras dengan dasar Wilayah Prihatin yang diilhamkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sempena Hari Wilayah Persekutuan.

“Program ini diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif tambahan daripada program MyFood bertujuan untuk meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang terdiri dari golongan miskin Bandar atau B40 yang terjejas pendapatanya akibat COVID 19” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN