PREMIS…. Labuan Supermarket dan Utama jaya Superstore beroperasi seperti biasa
LABUAN: Pengurusan rangkaian Labuan Supermarket dan Utama Jaya Superstore  menafikan pekerja di pasaraya itu positif COVID 19 seperti tularkan dalam media sosial dengan meminta orang ramai tidak berkunjung ke pasaraya itu bagi mengelakkan jangkitan.
Jamadil Wahid yang membuat laporan polis bagi pihak pasaraya berkenaan berkata, saringan kesihatan yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas pekerja mereka hanya pemeriksaan biasa ke atas premis yang mula beroperasi.
“Untuk makluman pelanggan kami saringan kesihatan yang dijalankan oleh KKM ke atas pekerja disemua rangkaian pasar kami dan juga pelbagai premis lain,” katanya.
Dalam laporan polis, Jamadil menyatakan selain Labuan Supermarket dan Utama Jaya Superstore, turut diperiksa ialah para pekerja Milimewah Superstore dan Emporium Labuan Shopping Mart.
Jamadil memaklumkan rangkaian pasar raya mereka beroperasi seperti biasa dan meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang ditularkan melalui media sosial.
Beliau menegaskan tiada kes COVID-19 yang menjangkiti pekerja di pasar raya mereka, sebaliknya syarikat mereka sentiasa mengutamakan langkah-langkah keselamatan pengunjung seperti mewajibkan pengunjung memakai pelitup muka sebelum masuk ke premis berkenaan.
Dalam pada itu Jamadil bagi pihak pasaraya terbabit berterima kasih kepada pihak KKM di atas kerja keras mereka meneruskan pemeriksaan bagi menjamin Labuan tetap bebas daripada kes baharu COVID-19. TAMAT