30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan siri terakhir Jelajah Jerayawara Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN)

JEGATHESWARY (tiga dari kiri) bersama Datin Salida (tengah) dan  Fanny (kanan sekali) sebelum bergambar kenangan sebelum Program Jelajah Jerayawara DAKEN di jalankan.

LABUAN: Wilayah Persekutuan Labuan menjadi siri terakhir Program Jelajah Jerawara Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) dan Pemerkasaan Badan Bukan Kerajaan  (BBK)  anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Program yang dilaksanakan selama dua hari itu   itu telah diadakan di Palm Beach Resort and Spa, Manikar dekat sini pada Sabtu.

Seramai 100 peserta  yang terdiri  penggiat seni  budaya, pemain taruh industri, agensi kerajaan  dan badan bukan kerajaan (NGO) telah menyertai program tersebut.

Sementara itu taklimat mengenai Dasar Kebudayaan Negara (DEKAN) itu telah disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Dasar Kebudayaan (MOTAC), Jegatheswary a/p Krisnan.

Hadir sama Penolong Setiausaha Kanan, Unit Dasar dan Perancangan MOTAC, Datin Salida Ibrahim dan Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Unit Pembangunan Industri MOTAC, Labuan, Fanny  John Sipawi.

Jegatheswary ketika menyampaikan taklimat berkata, DEKAN merupakan sebuah dokumen holistik yang bakal dijadikan panduan dan rujukan dalam merancana segenap pembangunan seni, budaya dan warisan negara. Inisiatif tersebut seiring menjadikan sektor ini sebagai pemangkin sosio- ekonomi Keluarga Malaysia.

“DAKEN menggariskan wawasan menjadikan Malaysia ‘Negara Maju Rakyat Berbudaya’ berlandaskan lima prinsip yang terdapat dalam Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan, semangat kebanggaan, keterbukaan dan menyeluruh” katanya.

Tambah beliau lagi, Dasar ini juga merupakan kunci kepada perpaduan dan kestabilan negara. Keharmonian dari perspektif budaya terbentuk daripada perpaduan, keamanan, kemakmuran dan keadilan di samping budaya tolak ansur dan hormat menghormati di kalangan rakyat Malaysia.

Selain itu katanya, Pembudayaan Nilai Tinggi juga merupakan teras penting yang diketengahkan di dalam Dasar ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang mengamalkan tatacara, tatasusila dan juga mempunyai keintelektualan yang tinggi.

Katanya, Tujuh (7) teras utama yang dizahirkan di dalam DAKEN adalah Budaya Nilai Tinggi, Keharmonian Masyarakat, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Warisan Budaya, Pembangunan dan Pengembang Budaya, Pemerkasaan Budaya, Penjanaan Ekonomi Kebudyaan dan Kecemerlangan Budaya.

“MOTAC bersama-sama agensi di bawahnya bertekad untuk terus menggembleng usaha memakmurkan negara dan mementingkan kesejahteraan rakyat menerusi pelestarian seni dan budaya apatah lagi ia merupakan antara industri yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“DAKEN juga  diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada seluruh penggiat industri dalam menyemarakkan kembali sektor kebudayaan dan pelancongan Negara. Siri Jerayawara ini juga turut dilaksanakan bersekali dengan Bengkel Pemerkasaan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memastikan penggiat seni budaya dan warisan akan terus kekal berdaya saing dan relevan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN