SERAH….. Balvir (dua kiri) menyerahkan bakul makanan sumbangan Labuan Sikh Sociery kepada Rithuan yang diadakan di perkarangan Kuil Sikh Gurudwara Sahib Labuan, pagi ini.
LABUAN: Masyarakat Sikh Labuan tidak mahu ketinggalan untuk menghulurkan bantuan makanan bagi membantu meringankan beban masyarakat yang terkesan dengan pandemik COVID 19.
Justeru itu masyarakat berkenaan melalui Labuan Sikh Society telah menyerahkan sebanyak 50 bakul makanan kepada Jawankuasa Penyelaras Bantuan Makanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan.
Penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Labuan Sikh Society Balvir Sing kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Haji Ismail mewakili Pengerusi JPBD Labuan, Dr Fary Akmal Osman yang di adakan di perkarangan Kuil Sikh Gurudwara Sahib Labuan, dekat sini pagi ini.
“Kami berharap melalui sumbangan itu akan dapat membantu ahli keluarga yang terkesan dengan pendamik COVID 19” , katanya.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Labuan, Ansharey Matarsad, Pengerusi Dewan Perniagaan India Labuan, Datuk Dhalip Singh dan Bendahari Labuan Sikh Society, Kalwan Singh.