30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan Josei A Naib Johan 3 on 3 Pertandingan Hoki Sabah

Pasukan Josei A bersama Rizuan (tiga dari kanan) dan Suhaila dua dari kanan).

LABUAN:Pasukan Josei A merangkul Naib Johan kategori perempuan bawah 13 tahun  pertandingan hoki 3 on 3 anjuran Persatuan Hoki Sabah yang diadakan di Padang hoki Likas baru baru ini.

Pasukan Josei A dari Akademi Hoki Labuan tewas 1-2 kepada pasukan  Kota Marudu pada aksi final.

Menurut Ketua Jurulatih Akademi Hoki Labuan, Ridzuan Nizam Nawawi,  pada pertandingan itu pasukannya telah menghatar  4 pasukan melibatkan ml dua pasukan lelaki dan dua pasukan perempuan.

“Bagi kategori lelaki pasukannya yang diwakili Thunderstick hanya berjaya memasuki kumpulan platinum selepas  menjadi naib johan kumpulan F.” katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.

Ridzuan berkata seramai 17 pelatih yang dari pelbagai sekolah di Labuan mewakili Akademi Hoki Labuan telah terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut.

Turut menyertai pertandingan itu  pasukan SK Pekan Satu Labuan.

“ Secara keseluruhannya sebanyak 40 pasukan dari seluruh daerah di Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan  dan Melaka telah menyertai pertandingan tersebut”katanya.

Turut sama, Pengurus Pasukan Akademi Hoki Labuan, Dayang Suhaila Md Alwee dan Pembantu Jurulatih Nur Shafiera Adriana.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN