Gambar: PERIKSA….Supt. Ahmad Jawila bersama Rithuan ketika memeriksa kenderaan awam di SJR Jalan Tun Mustapha Batu Arang pada hari pertama PKPD dilaksanakan.
Oleh : JAINUDIN DJIMIN
LABUAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Wilayah Persekutuan Labuan membenarkan dua orang dalan satu kenderaan pensendirian berkuatkuasa serta merta pada petang hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di pulau bebas cukai itu.
Kelongaran bagi prosedur operasi standart (SOP) PKPD itu di umumkan oleh Pengerusi JBPD Labuan, Rithuan Ismail kepada media ketika membuat tinjuan SJR di Jalan Mustapha Batu Arang pada Rabu.
Hadir sama pada tinjuan itu Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan Superitendan Ahmad Jawila dan timbalannya DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani.
Sebelum ini SOP PKPD yang dibenarkan hanya seorang sahaja iaitu pemandu.
“Setelah mengambil kira rintihan dan keluhan masyarakat Labuan yang menghadapi kesukaran berkaitan SOP kenderaan pensendirian yang sebelum ini hanya seorang dibenarkan, maka kita bersetuju untuk memberi kelonggaran dengan memberi kebenaran satu kenderaan dua orang berkuatkuasa serta merta” katanya.
Namum beliau menegaskan kelongaran itu hanya diberikan kepada ahli keluarga terdekat sahaja bagi tujuan membeli barangan keperluan dan menghantar ke tempat kerja atau bagi tujuan mendapatkan rawatan perubatan.
Selain itu, penerima vaksin yang melibatkan ahli keluarga pada hari yang sama turut dibenarkan dalam satu kenderaan dengan menunjukkan maklumat mengenai temu janji samada melalui aplikasi MySejahtera ataupun melalui pesanan ringkas (SMS).
Sementara itu, Ktua Polis Daerah Labuan, Supt. Ahmad Jawila berkata, tahap pematuhan orang ramai pada hari pertama pelaksanaan PKPD mencapai 95 peratus.
Katanya, sebanyak 750 buah kenderaan yang diperiksa di SJR Jalan Tun Mustapha merupakan pekerja dalam sektor perkhidmatan penting dan penerima vaksin.
Dalam pada itu, Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila yang turut ditemui berkata tahap pematuhan orang ramai terhadap SOP pada hari pertama PKPD mencapai 95 peratus.
Ahmad berkata seramai 115 anggota polis termasuk anggota ATM terlibat dalam tugasan pematuhan dan SJR di dua lokasi iaitu di Jalan Tun Mustapha dan juga di Jalan Patau-Patau.
“Selain itu pihak kita juga akan mengadakan rondaan di setiap kampung bagi memastikan masyarakat terus patuh PKPD yang dikuatkuasakan bermula 26 Mei hingga 24 Jun” katanya.