31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KUWANIS berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunun ‘Hybrid’

Mohd Redzuan (duduk tengah) bersama Ahli Lembaga Koperasi (ALK)yang dipilih pada MAT KUWANIS itu.

TAMBUNAN: Koperasi Usahawan Bumiputera Sabah Berhad (KUWANIS) yang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunun (MAT) ‘Hybrid’ KUWANIS Pertama baru-baru ini mengekalkan Mohd Redzuan Ali sebagai Pengerusi KUWANIS 2023.

MAT  ‘Hybrid’ KUWANIS Pertama yang berlangsung Balairaya di Kampung Tombotuon Tambunan itu telah dihadiri oleh lebih 100 anggota secara fizikal dan atas talian, turut hadir atas talian sebagai pemantau dalam MAT ‘Hybrid’ KUWANIS Pertama ini adalah pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Puan Norfaizah Manjah (Ketua Penolong Pengarah, SKM Sabah), Tuan Pelatoman Suriah, Tuan Datu Rais Aslam D. Jamigul (Ketua Wilayah, SKM Pantai Barat Selatan) dan Puan Norzaythe Saiman (Penyelia Koperasi, SKM Pantai Barat Selatan).

MAT itu turut menyaksikan pelantikan lima  (5 )orang Ahli Lembaga Koperasi yang dipilih dari daerah Tambunan, 2 dari daerah Kota Kinabalu, 1 dari Keningau dan 2 dari Tenom.

Mohd Redzuan melahirkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada ALK KUWANIS dan anggota-anggota KUWANIS atas kepercayaan yang telah diletakkan kepadanya bagi mengalas jawatan Pengerusi.

Katanya, ia merupakan salah satu jawatan yang penting dalam gerakan KUWANIS dan ia disertakan dengan tanggungjawab yang besar serta akan memerlukan fokus yang tinggi dalam meletakkan kehendak anggota-anggota KUWANIS dihadapan sebelum kehendak yang lain. 

“KUWANIS akan sentiasa menjadi pegangan saya. Sejak diluluskan oleh pihak SKM pada 30 Disember 2020, KUWANIS telah melalui pelbagai kesukaran secara luaran mahupun dalaman” katanya dalam ucapan sulungnya.

Mohd Redzuan berkata, apabila egara dilanda Pandemik Covid-19, melalui arahan Kawalan Pergerakan yang hanya memberi laluan kepada pihak-pihak yang dalam senarai ‘Essential Services’, KUWANIS tidak mampu memaksimumkan gerakan dalam memperkasakan KUWANIS. 

“Isu dalaman yang diwujudkan dalam kalangan ALK terdahulu juga telah meyekat kebebasan KUWANIS untuk merealisasikan tujuan dan matlamat KUWANIS” tambahnya.

Namun katanya, MAT ‘Hybrid’ KUWANIS Pertama ini telah memperlihatkan pada umum bahawa kuasa anggota itu adalah jauh lebih besar dari kuasa penaja, jawatan atau kuasa individu.

Menurut Mohd Redzuan, tanggungjawab beliau sebagai Pengerusi KUWANIS adalah mengambilalih hak yang telah dirampas oleh individu-individu yang melihat bahawa diri mereka itu adalah pemunya KUWANIS.

Selain itu katanya, beliau akan memperkasakan kembali gerakan KUWANIS secara menyeluruh dan memastikan kehendak anggota-anggota diteliti, dipertimbangkan.

“Insya Allah ia akan dilaksanakan mengikut perundangan, peraturan, kehendak serta keperluan pihak-pihak yang berkaitan” jelasnya.

Sebagai Pengerusi beliau berharap tujuh (7) Prinsip Koperasi diteliti, difahami, diamal, dipertahankan dan dijadikan sebagai panduan serta sandaran kepada setiap anggota KUWANIS. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN