30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kunjungan COSCA ke Ranau erat silaturahim

KENANGAN…AJK Warga Emas Kg.Muhibah Ranau dan rombongan warga emas negeri merakam gambar bersama Datuk William (duduk lima kanan) dan Lee See Onn (duduk empat kiri).

RANAU: Kunjungan 30 orang ahli Majlis Persatuan Warga Emas Negeri Sabah (COSCA) ke Ranau eratkan perpaduan dan persaudaraan dengan  ahli Persatuan Warga Emas daerah Ranau.

Ketibaan rombongan itu yang diketuai Datuk William Chang telah disambut mesra oleh warga emas Ranau diketuai Pengerusinya, Lee Si On yang turut menyediakan minuman ringan sebagai sarapan pagi sebelum hidangan jamuan makan tengah hari kepada ahli rombongan.

Dalam ucapan Lee Si On merakam terima kasih dan penghargaan kepada rombongan daripada ahli warga emas negeri Sabah kerana memilih persatuan Warga Emas Ranau antara destinasi dalam rangka lawatan tersebut.

Beliau mengharapkan kunjungan singkat itu menjadi landasan dan titian perpaduan dikalangan warga emas negeri dengan warga emas daerah Ranau.

“Kita mengharapkan menerusi lawatan seperti ini akan mengeratkan lagi hubugan persaudaraan sedia terjalin dikalangan kita”, jelas Lee Si On.

Datuk William dalam ucapannya, merakam penghargaan terima kasih kepada Persatuan Warga Emas Kg.Muhibah Ranau yang diketuai Pengerusinya, Lee Si On kerana sudi menerima kunjungan rombongan daripada warga emas negeri dengan hidangan jamuan makan tengah hari.

“Saya mewakili rombongan berterima kasih dengan sambutan mesra daripada Jawatankuasa Warga Emas Kg.Muhibah Ranau yang turut menyediakan makan tengah kepada rombongan”, jelas Datuk William yang mengetuai rombongan itu untuk melaksanakan program lawatan berkenal mesra dengan persatuan warga emas  ke 8 buah  daerah lain di Sabah iaitu selain Ranau, mereka juga berkunjung ke daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahat Datu, Semporna, Tawau, Keningau dan Beaufort.

“Sebenarnya program lawatan yang julungkali diadakan ini, telah merancang untuk berkunjung ke 14 pusat Peratuan Warga Emas di Sabah tetapi memandangkan kewangan persatuan tidak mengizinkan maka kami hanya memilih 9 daerah untuk dikunjungi buat kali pertama program buat kali ini”, tambah Datuk William, sebelum bertolak ke Sandakan pada tengah hari tersebut.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN