Goup Ukulele PW SDA Ranau.
RANAU: Kumpulan Ukulele ‘Pelayanan Wanita (PW) Seventh Day Adventist (SDA) Church Ranau, aktif mengadakan program dan aktiviti Persembahan Koir Ukulele termasuk jemputan membuat persembahan di gereja atau majlis kahwin.
Ketua kumpulan koirnya Amy Mahap ketika ditemui memberitahu, kumpulanya itu dianggotai lebih 10 orang termasuk 6 orang pemain Ukulele dan yang lainnya pemain alat muzik bambu kesemuanya wanita kecuali pemain piano Jexther Jamesron.
“Sebenarnya kami memang sering mendapat undangan untuk mengadakan persembahan namun buat masa ini kami beri tumpuan membuat persembahan berkonsepkan kepada lagu Rohani di gereja sahaja”, jelas Amy yang juga Jurulatih Kumpulan mereka, sementara ketua kumpulan Ukulele yang juga Setiausaha kumpulan itu disandang oleh Airine Abidin.
Mereka dalam kumpulan itu biasanya mengadakan persembahan berbagai rentak dan melodi hasil kreativiti kumpulan itu tersendiri.
“Kami sering mengadakan latihan sama ada di gereja atau di rumah untuk memantapkan mutu dan kualiti persembahan”, tambah Airine yang bertugas sebagai jururawat di salah sebuah klinik Swasta di pekan Ranau.
Airine turut memaklumkan yang kumpulan Ululele mereka itu merupakan idea para ahlinya semata-mata memupuk setiakawan, kerjasama dan persaudaraan dikalangan ahli yang telah dicetuskan ideanya oleh para ahli itu sendiri yang kebanyakannyaWanita SDA Ranau.
“Kumpulan kami turut mendapat sokongan moral daripada kaum bapa SDA Ranau”, jelas Airine anak kelahiran daerah Telupid. Menurutnya lagi, penubuhan dan persembahan kumpulan Ukulele adalah berfokus kepada pesembahan berirama lagu kerohanian sahaja dan bukan untuk menyertai mana-mana pertandingan.
“Kumpulan kami lebih berfokus kepada program Gereja walaupun kadang-kadang menghadiri majlis Perkahwinan dan Hari Jadi melibatkan ahli keluarga SDA Ranau”, tambah Airine