SAMPAIKAN…. Dr. Fary menyampaikan bantuan Kit Makanan MYFood@Wilayah kepada salah seorang ahli Buskers.
LABUAN: Sebanyak lima kumpulam penghibur jalanan (Busker) telah menerima bantuan Kit Makanan daripada Perbadanan Labuan di bawah program 5MY Wilayah Pesekutuan iaitu MYFood @Wilayah yang telah diadakan secara pandu lalu di perkarangan Wisma Perbadanan Labuan, pada Ahad.
Penyerahan yang dipantau oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman.
Lima kumpulan yang membabitkan 23 ahli itu terdiri daripada kumpulan MYDA Sonata, Bayu Buskers, Island Buskers, Sadau Buskers dan Aura Buskers.
Dr. Fary berkata, kumpulan Buskers juga adalah golongan yang turut terjejas pendapatan akibat pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 susulam penularan wabak COVID 19 yang masih melanda negara ketika ini.
“Dengan adanya bantuan kit makanan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit bebanan ahli-ahli Buskers” katanya.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Perbadanan Labuan, Mahathir Abdul Hamid dan Kapten (PA) Japlin Haji Siping dari Angkatan Pertahanan Awam (APM).