28.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Oktober 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kumpulan Inovasi Otinagas menang Pertandingan Inovasi MyChampion

Kumpulan Inovasi Otinagas dengan hadiah kemenangan mereka di majlis itu


RANAU: Kumpulan Inovasi Otinagas dari Pejabat Pergigian Ranau terpilih mewakili Negeri Sabah ke Pertandingan MyChampion Peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 24 hingga 26 Oktober 2025 depan.

Kumpulan tersebut yang turut mewakili Kawasan Pejabat Kesihatan Tuaran terpilih selepas memenangi Pertandingan Inovasi MyChampion hasil inovasi mereka yang dinamakan ‘Informative Grab and Go Trolley ‘ atau i-GG Trolley Inovasi iGG Trolley merupakan sebuah alat bantu mengajar yang mengandungi pelbagai bahan dan maklumat berkaitan kesihatan pergigian untuk kegunaan di lapangan dan program komuniti.

Kumpulan Otinagas diketuai oleh Dr. Salwatul Izzra Mahadi dan Dr. Riss Roland, bersama dua MyChampion iaitu Nor Jannah binti Harun (Pengerusi Komuniti Madani Kg Libang) dan Noorsyazwani Sadinin (ikon gigi) Kehebatan idea dan keberkesanan pelaksanaan inovasi mereka telah melayakkan kumpulan ini merangkul gelaran Johan bagi kategori inovasi MyChampion Negeri Sabah 2025.

Kumpulan Otinagas telah melalui saringan awal yang ketat melibatkan penyertaan dari seluruh negara, kumpulan ini berjaya menempatkan diri dalam senarai pendek (Top 5) bagi merebut gelaran lima inovasi terbaik peringkat akhir kebangsaan.

Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan keupayaan dan kreativiti warga kesihatan Sabah, tetapi juga menjadi inspirasi kepada pasukan lain untuk terus berinovasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Majlis Anugerah MyChampion Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Bangunan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah, menghimpunkan pelbagai agensi dan peserta daripada seluruh negeri dalam semangat inovasi dan khidmat komuniti.

Antara pertandingan yang dijalankan adalah Anugerah Tokoh MyChampion, Anugerah Pempengaruh Media Sosial MyChampion, Anugerah Junior Harapan MyChampion, Anugerah Inovasi MyChampion, Anugerah Intervensi Pengurusan Berat Badan MyChampion, Anugerah Ikon Pasukan, Anugerah Anugerah Pengurusan Lokaliti Bersih dan Ceria dan Anugerah Penggerak Komuniti Sihat.

Pertandingan Inovasi MyChampion menjadi pentas untuk mengetengahkan idea-idea baharu serta penyelesauan kreatif dalam meningkatkan mutu penyampaian kesihatan melalui sukarelawan-sukarelawan MyChampion.

MyCHAMPION merupakan satu kolaborasi khidmat sukarelawan merentasi kementerian dan agensi dalam usaha memperkasa komuniti untuk mengamalkan budaya hidup sihat, kawalan kesihatan kendiri dan melestarikan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

Diharap Kumpulan Otinagas akan mengungguli dan sekaligus mengharumkan nama negeri Sabah di pentas kebangsaan pada Oktober ini.






ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN