31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KRT TAMAN SEMPORNA CENTRE SERTAI JOM MASAK BUBUR LAMBUK SERENTAK DI SELURUH NEGARA

Aktiviti memasak Bubur Lambuk.

SEMPORNA : Seramai 50 orang ahli Rukun Tetangga (RT) Taman Semporna Centre dan 35 anggota dari Pasukan Batalion 2 Rejimen 516 Askar Wataniah (AW) turut serta menjayakan Kembara Perpaduan, Jom Masak Bubur Lambuk serentak seluruh Negara yang di rasmikan oleh Mejar Biyazid bin Reduan (Bersara), Penasihat PVKMS. Pada 01 April 2023, bertempat di Dewan Taman Semporna Centre.

Program ini merupakan salah satu pengisian dalam Program Gerak Rahmah 2023 yang bertujuan untuk memperkukuhkan tapak integrasi serta membangunkan komuniti RAHMAH melalui aktiviti kemasyarakatan secara gotong royong dan berkongsi rezeki.

Pengisian program gotong royong adalah memasak bubur lambuk, membungkus dan mengedar bubur lambuk, ziarah RAHMAH ke Hospital Semporna dan iftar komuniti RAHMAH dilaksanakan bersama rakan strategik perpaduan antara ahli-ahli rukun tetangga dan anggota Bn2 Rej 516 AW.

Mejar Biyazid Reduan berkata, program Jom Masak Bubur Lambuk ini telah berjaya menyediakan 200 pek bubur lambuk untuk diagihkan kepada semua peserta Program dan Komuniti RT seterusnya ziarah RAHMAH Ramadan melibatkan pasukan petugas Unit Kecemasan Hospital Semporna serta pelanggan yang sedang berurusan di unit berkenaan.

“Selain KRT dan Bn2 Rej 516 AW, Jom Masak Bubur Lambuk ini juga dibantu oleh Zamri Ismail, Pegawai Sajian Hospital Semporna.

Turut hadir bersama YDH Lokman, Pegawai Perpaduan Daerah, Ariffin Uzam Pengerusi KRT, YBhg Lt Kol Shahrizan bin Saad, Pen Peg Memerintah Bn2 Rej 516 AW, Mejar Seydesi Piting, Ketua Kompeni Alfa dan Leftenan Shah, Pegawai Kompeni Alfa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN