26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KRT Bukit Kalam B kekalkan juara  Liga Trio Pentaque Komuniti KRT

HADIAH… Esther (tengah) menyampaikan hadiah juara kepada pasukan KRT Bukit Kalam B.

LABUAN: KRT Bukit Kalam B berjaya mempertahankan kejuaraan kali kedua berturut-turut Pertandingan Liga Trio Pentaque Komuniti Rukun Tetangga (KRT) 2022 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung di Gelanggang Kelab Pentaque Layangan Ahad lalu.

Pasukan itu yang dibarisi Ibrahim Laidin, Mohamad Razi Lamat dan Norkartina Ngau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200.

KRT Bukit Kalam B merupakan juara bertahan selepas memenangi edisi pertama kejohanan pada 2021.

Naib johan pula ialah KRT Kilan dan ketiga bersama dimenangi oleh KRT Pantai dan KRT Taman Perumahan Layang Layangan G.

Naib johan menerima RM150 manakala tempat ketiga bersama meraih RM100.

PERLAWANAN AKHIR…. antara KRT Bukit Kalam B (kanan) dan KRT Kilan.

Sebanyak 29 pasukan daripada 14 Komuniti Rukun Tetangga (KRT) telah menyertai Pertandingan Liga Trio Pentaque KRT Wilayah Persekutuan Labuan.

Kejohanan itu dianjurkan oleh KRT Taman Perumahan Layangan dengan kerjasama Kelab Petanque Layangan serta sokongan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Labuan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah JPNIN WP Labuan, Esther Dingkawan.

Turut hadir Presiden Persatuan Pentaque Labuan, Ibrahim Laidin, Presiden Kelab Petanque Layangan, Zulkarnain Sabtu dan Pengerusi KRT Taman Perumahan Layang-Layangan yang juga Ketua Penganjur, Mazidi Rosli.

Esther berkata kejohanan ini selain membudayakan sukan dalam komuniti ia juga salah satu cara untuk menyatupadukan semua KRT di Pulau Labuan.

Katanya, menerusi kejohanan tersebut, perpaduan dalam kalangan penganjur dan peserta dapat dimantapkan.

“Malah kerjasama semua pihak bersama penganjur dapat dieratkan,”katanya.

Sementara itu, Mazidi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit menjayakan kejohanan tersebut.

“Saya ucapkan terima kasih kepada JPNIN Labuan, KRT, Persatuan Pentaque Labuan, Kelab Petanque Layangan, dan AJK Penganjur yang berusaha gigih memastikan kejohanan tersebut dapat dijalankan dengan jayanya,”katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN