ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan serbu stor miliki barang kawalan berjadual tanpa lesen

Anggota Penguatkuasa KPDN Labuan ketika melakukan pemeriksaan dalam stor berkenaan.

LABUAN: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan telah melakukan serbuan keatas sebuah setor kerana menyimpan cecair dipercayai minyak diesel sebanyak 2,600 liter.

Cecair yang dipercayai minyak diesel itu ditemui dalam tiga (3) unit tangki jenis IBC bersama seorang lelaki warga tempatan yang merupakan penyewa stor tersebut.

KPDN Labuan dalam satu kenyataan berkata serbuan tersebut dilakukan selepas anggota Penguatkuasa KPDN menerima satu serahan kes di bawah Akta Bekalan 1961 (Akta 122) daripada anggota Polis Marin Malaysia pada 11 Jun yang lalu.

Jelas kenyataan itu, pada 10 Jun lalu pihak polis Marin telah melakukan pemeriksaan ke atas stor berkenaan dan mendapati penyewa stor berkenaan gagal mengemukakan sebarang permit atau surat kebenaran bertulis daripada KPDN berhubung penyimpanan barang kawalan itu.

Antara barang lain yang turut disita dalam serbuan itu ialah sebuah lori 4 tan, sebuah foklift dan sebuah pam elektronik dengan nilai sitaan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM51,190.00.

KPDN Labuan turut menahan penyewa stor berkenaan untuk membantu siasatan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual tampa kebenaran bertulis daripada KPDN.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 1.000,000, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3,000,000 bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000 manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN