Kenangan…Bersama Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Tawau.
SEMPORNA: Koperasi Permuafakatan Veteran Komando Malaysia Sabah Berhad (KPVKMSB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama 2025 yang telah dirasmikan oleh YBhg Puan Khodijah binti Sunardi, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah Wilayah Tawau. Mesyuarat tersebut diadakan pada hari Sabtu, 18 Januari 2025, bertempat di Villa RASPAND, Semporna.
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh para anggota koperasi serta meeting zoom dari Ahli Koperasi Kota Belud. Kejayaan mesyuarat ini juga disambut dengan penuh kegembiraan apabila kehadiran ahli-ahli koperasi mencukupi korum yang diperlukan, membolehkan mesyuarat dijalankan dengan lancar dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Dalam ucapan perasmian, YBhg Puan Khodijah binti Sunardi menyatakan bahawa mesyuarat ini bukan sahaja menjadi platform untuk merancang dan memperkukuhkan koperasi, tetapi juga sebagai langkah penting dalam mewujudkan halatuju yang lebih jelas bagi pembangunan ekonomi Koperasi. Beliau turut memberi penekanan tentang pentingnya kerjasama dan komitmen dalam mencapai matlamat “Halatuju Jihad Ekonomi 2030” yang menjadi agenda utama koperasi ini.
Koperasi Permuafakatan Veteran Komando Malaysia Sabah Berhad (KPVKMSB) terus komited untuk memperjuangkan ekonomi ahlinya melalui pelbagai inisiatif yang bermanfaat, dan mesyuarat agung kali pertama ini dilihat sebagai langkah positif ke arah mewujudkan peluang ekonomi yang lebih baik untuk veteran ATM, khususnya di Sabah.
Dengan kejayaan mesyuarat ini, diharap agar koperasi ini terus berkembang dan dapat memberi impak yang positif kepada ahli-ahli serta masyarakat setempat, dengan sokongan padu dari pihak SKM dan semua pihak yang terlibat.
Semoga dengan halatuju yang jelas dan perancangan yang teratur, KPVKMSB akan berjaya merealisasikan visi dan misi ekonomi veteran untuk mencapai kecemerlangan pada tahun 2030.
Turut Hadir bersama Mej (B) Biyazid Reduan, Pengurus Hijrah Land dan En. Abd Gani Aman, Pegawai SKM Wilayah Tawau.



