ADVERTISEMENTspot_img

Konvoi Motorsikal Semarakkan Sambutan Kemerdekaan di Ranau

KENANGAN BERMAKNA…Para peserta turut berkesempatan merakam gambar kenangan di salah satu lokasi laluan sebagai simbolik kemeriahan program.

RANAU: Program Jelajah Santai anjuran Kelab Motorsikal Ranau bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ini berjaya memupuk semangat perpaduan, permuafakatan serta persaudaraan antara ahli kelab dengan masyarakat setempat.

Pengerusi kelab, Mohd. Fadli, berkata program itu merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan yang dirancang bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan di peringkat akar umbi.

“Selain mengukuhkan silaturahim, konvoi ini juga bertujuan menanamkan semangat cintakan negara tanpa mengira latar belakang. Lebih 20 peserta bermotosikal berkonvoi sejauh 50 kilometer melalui beberapa daerah termasuk Tambunan, Keningau, Tenom, Telupid, dan Sinora,” katanya.

Menurut beliau, setiap peserta mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah sepanjang laluan, sekali gus menerima sambutan meriah daripada ribuan penduduk dengan laungan ‘Merdeka’ di lokasi yang disinggahi.

“Kita akan terus menganjurkan aktiviti positif seperti ini dengan melibatkan lebih ramai ahli pada masa akan datang,” tambahnya.

Sementara itu, beberapa peserta konvoi menyatakan rasa syukur dan gembira kerana berpeluang menyertai program tersebut yang disifatkan berjaya serta meninggalkan kenangan manis.

“Kami bersyukur semua peserta selamat pergi dan kembali, selain membawa pengalaman yang sukar dilupakan,” kata mereka.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN