27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KONTINJEN SK. KAINGARAN JUARA MSS ZON ULU SUGUT KALI KE-22

Juara MSS Zon Ulu Sugut .. SK. Kaingaran

RANAU: Kontinjen Sekolah Kebangsaan Kaingaran muncul juara Majlis Sukan Sekolah Peringkat Zon Ulu Sugut yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Kaingaran baru-baru ini. Kejohanan tersebut dikelolakan oleh Sekolah Kebangsaan Gusi diketuai Guru Besar sekolah berkenaan, Fadzul Shemoery @ Julai Salim.

Dalam kejohanan itu, kontinjen SK. Kaingaran berjaya mengutip 8 pingat Emas, 8 Perak dan 2 Ganggsa menewaskan pencabar terdekat SK. Malinsau yang berjaya mengumpul 5 pingat Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa. Tempat ketiga dimenangi oleh SK. Kawiyan dengan kutipan pingat 2 Emas, 1 Perak dan 3 Gangsa.

Kedudukan tangga keempat dan seterusnya ialah SK. Karagasan ( 1 Emas, 2 Perak, 4 Gangsa ), SK. Mangkapoh ( 3 Perak, 5 Gangsa ), SK. Sri Gabungan ( 1 Perak, 1 Gangsa ) manakala SK. Gusi tidak mendapat sebarang pingat.

Pemenang olahragawan turut dimenangi oleh pelari pecut dari SK. Kaingaran. Mohammad Idwan Ada Jusman mengutip 2 Emas dalam acara individu dan 1 Emas dalam acara berkumpulan. Acara tersebut ialah 100 meter, 200 meter dan 4 X 200 meter. Sementara bagi olahragawati, pemenangnya Michele Jamrin dari SK. Malinsau. Peserta ini mendapat 2 Emas dalam acara Lontar Peluru dan 80 meter hurdle.

Shamsuddin bergambar selepas menyampaikan piala olahragawan kepada Idwan

Berucap merasmikan kejohanan, wakil Ketua Pegawai PPD, Jaminus Agang mengucapkan syabas kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan pada tahun ini.  

Katanya, banyak faedah aktif dalam sukan. Antaranya dapat meningkatkan disiplin peserta. Ini kerana individu yang ingin berjaya dalam satu-satu acara sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sukan juga penting bagi melahirkan seseorang pelajar yang sihat kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Kesihatan jasmani ini secara tidak langsung sudah tentu mempengaruhi kesihatan dan keseimbangan dalam aspek emosi, rohani dan intelek pelajar tersebut.

Jaminus turut mengucapkan syabas kepada Guru Besar SK. Gusi, Fadzul Shemoery @ Julai Salim kerana mengetuai pengelolaan MSS Zon Ulu Sugut yang disifatkannya cemerlang. Tanggungjawab mengelolakan sebarang kejohanan di peringkat zon memerlukan kerjasama di semua sekolah dan PIBG terutama sekali melibatkan tugas di bahagian teknikal bagi acara padang dan balapan.

Turut hadir menyaksikan kejohanan itu ialah, Shamsuddin Salamun ( Guru Besar SK. Karagasan ), Dr. Atong Antong ( Guru Besar SK. Kaingaran ), Jaisim Sarungkai ( Guru Besar SK. Mangkapoh ), Jamain Abd. Halim ( Guru Besar SK. Malinsau ), Rudi Burain ( Guru Besar SK. Sri Gabungan ) dan Michael Bahinding ( Guru Besar SK. Kawiyan ).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN