SIMBOLIK…. Bashit (tengah) bersama Dr Fary (emmpat dari kanan) ketika melancarkan secara simbolik Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti di Wisma Perbadanan Labuan, pada Sabtu.
LABUAN: Ahli Dewan Negera Senator Datuk Bashir Alias berkata komuniti perlu menganggap diri sebagai petugas barisan hadapan dan terus mengamalkan kebiasaan norma baharu untuk membantu kerajaan memerangi COVID 19.
Beliau berkata, sebagai warganegara yang sama sama bertanggungjawab dalam melenyapkan wabak COVID 19 wajarlah setiap individu terus mempraktikan amalan pembudayaan norma baharu seperti yang ditekankan oleh kerajaan.
“Justeru itu kesedaran setiap masyarakat dituntut untuk sama sama menggalas peranan dan tanggung jawab dalam membudayakan norma baharu sekaligus melenyapkan penularan COVID 19 di negara kita” katanya.
SUMBANGAN…. Pengerusi MPP Subzon 1, Haji Abdul Rahim menerima peralatan Sanitasi daripada Bashir (dua kanan) sambil diperhatikan Dr Fary (kanan sekali) dan Ibrahim (kiri sekali)
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan COVID 19 di Wisma Perbadanan Labuan, pada Sabtu.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan, Ibrahim Tambi dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.
Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan turut mengucapkan tahniah kepada Perbadanan Labuan dan juga Jabatan Penerangan Labuan yang telah bekerjasama melaksanakan kempen kesedaran pembudayaan norma baharu kepada komuniti.
Sementara itu, Dr Fary berkata kempen Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti bagi mencegah penularan COVID 19 adalah menjadi keutamaan Perbadanan Labuan selaku pihak berkuasa temapatan.
“Perbadanan Labuan (PL) yang bertanggungjawab sebagai pihak berkuasa tempatan dan agensi utama di Wilayah Persekutuan Labuan perlu menjadi peneraju dalam memberi kesedaran tentang keperluan pembudayaan norma baharu terhadap komuniti” katanya.
Untuk merealisasikan matlamat Pembudayaan Norma Baharu itu dapat dicapai pihak Perbadanan Labuan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Labuan akan menganjurkan Kempen Kesedaran secara sesi taklimat atas talian kepada komuniti MPP di setiap Sub Zon.
“Selain itu taklimat Kempen Kesedaran secara bersemuka juga akan diadakan melibatkan pemimpin Jawatakuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan juga pemimpin MPP Zon Labuan.
Sempena majlis itu Perbadanan Labuan telah menyumbang peralatan sanitasi kepada 27 buah kampung, 17 buah Sekolah Rendah serta masing masing 10 Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Agama serta sebuah Sekolah Menengah Agama, dan tiga buah pusat tahfiz.
TAMAT
GAMBAR:
2. SUMBANGAN…. Pengerusi MPP Subzon 1, Haji Abdul Rahim menerima peralatan Sanitasi daripada Bashir (dua kanan) sambil diperhatikan Dr Fary (kanan sekali) dan Ibrahim (kiri sekali)