28 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KOMUNITI MADANI SEBAGAI “ROLE MODEL” KEPADA NILAI-NILAI MURNI DAN PERPADUAN.

Abidin, Kenny, Nor Jannah dan lain-lain menunjukkan tanda bagus terhadap program yang dianjurkan itu

RANAU: Komuniti Madani dibawah Jabatan Penerangan Malaysia merupakan tulang belakang kerajaan dalam menyampai dan menyalurkan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat terutama sekali terhadap golongan komuniti ditempaat masing-masing.

Bukan itu sahaja, Komuniti Madani bertindak sebagai “Role Model” kepada nilai-nilai murni dan yang melambangkan perpaduan yang sedia ada diamalkan di negara ini.

Perkara tersebut dikatakan oleh Yang Berhormat Datuk Abidin Madingkir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN N.38 Paginatan Ketika merasmikan Program Komuniti Madani@DUN N.38 Paginatan pada hari ini di Dewan terbuka Kampung Libang, Ranau.

Selain itu, Datuk Abidin juga mengatakan penganjuran beberapa aktiviti seperti “slingshot” terbuka lelaki, Wanita dan kanak-kanak, ,mewarna kataegori warga emas , kanak-kanak dan pertandingan menyanyi terbuka merupakan satu contoh perpaduan yang baik dalam menyampaikan nilai-nilai murni disamping dapat mengeratkan ukwah dan dapat menyatukan setiap lapisan masyarakat.

Abidin juga turut menyarankan setiap Komuniti Madani khususnya di Ranau bekerja keras untuk memastikan dasar-dasar baharu kerajaan dapat disalurkan dengan rakyat serta merta tidak kira maklumat daripada kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri.

“Ini penting, agar semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemudahan dan mengetahui isu-isu terkini,” katanya.

Datuk Abidin berharap agar kewujudan komuniti madani dapat membantu JAPEN dalam menangkis berita-berita palsu yang tidak berkaitan yang boleh merosakkan presepsi orang ramai kepada kerajaan.

Bagi Puan Kenny Thomas, Pegawai Penerangan Daerah Ranau pula menyatakan hasrat beliau dalam membantu komuniti Madani melalui Jabatan Penerangan untuk terus menjadi sumber maklumat kepada penduduk kampung.

Selain menjadi tongak tulang belakang membantu JaPen dalam merealisasikan misi dan visi Jabatan iaitu memasarkan maklumat kerajaan secara strategik melalui pelbagai kaedah komunikasi dan peneraju komunikasi kerajaan yang berwibawa.

Kenny berharap agar program komuniti madani yang dianjurkan disetiap kampung yang telah ditetapkan dapat mengubah masyarakat kearah kemajuan dari pelbagai aspek termasuklah berkaitan dengan isu-isu semasa yang terkini dan info-info yang disampaikan oleh agensi yang terlibat ketiaka penganjuran program.

Dalam pada masa yang sama, Pengerusi yang juga penganjur bersama mewakili komuniti madani DUN Paginatan Puan Nor Jannah binti Harun berkata , program tersebut merupakan program gabungan diantara tiga buah kampung dalam DUN Paginatan dan penganjuran kali ini sangat memberansangkan dan dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara tiga komuniti madani ini dibawah seliaan JaPen.

Selain itu, Nor Jannah juga percaya bahawa program komuniti@DUN mampu membawa perubahan yang positif kepada masyarakat berkaitan dengan keharmonian dan saling kebergantungan komuniti diantara satu sama yang lain selain mampu membawa perubahan infrastruktur dikawasan tersebut. Beliau berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN