Robert menyerahkan jersi kepada Rosfendy Salleh wakil Komuniti Belia dari Kampung Tuarid Taud.
KENINGAU:Sebanyak 11 Komuniti Belia dari sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Bingkor masing-masing menerima jersi bola sepak dan dua biji bola daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Penerima sumbangan ini terdiri daripada Kelab Belia Kampung Labak Awas-Awas, Komuniti Belia Kampung Ulu Kikiran, Komuniti Belia Kampung Singgamata, Komuniti Belia Kampung Masjid Kirokot Baru, Kelab Belia Kampung Kodop Baru, Kelab Bola Sepak PMG, Kelab Belia Tuarid Taud, Kelab Belia Kampung Minansut, Kelab Belia Kampung Binaong, Kelab Belia Kampung Merampong dan Kelab Belia Bandukan Lama.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap dengan adanya kelengkapan sukan ini, ianya dapat membantu Komuniti Belia untuk terus mengembangkan bakat dalam sukan bola sepak khasnya di Daerah Keningau.
“Semoga para belia terus menanam semangat kesukanan agar terhindar daripada gejala yang tidak sihat” katanya selepas menyempurnakan penyerahan jersi dan bola sepak itu di perkarangan kedai Pekan Bingkor baru-baru ini.