32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Disember 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Komposer dan penyanyi terkenal Asmin Mudin terima ugutan bunuh

Oleh Aduka Jasnin Suman

22 Oktober 2019, 7.07pm

KOTA KINABALU: Komposer dan penyanyi terkenal Asmin Mudin terima ugutan bunuh melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang lelaki yang dikenalinya pada Sabtu lepas.

Asmin yang juga Pengerusi Persatuan Komposer & Pembikin Video Muzik Sabah (SCORE) berkata, ugutan itu diterimanya  selepas menegur seorang lelaki yang dikenalinya kerana menjalankan perniagaan menjual ‘hard disk’ mengandungi lagu-lagu sabahan dan ciptaan beliau serta ahli-ahli persatuan SCORE secara berleluasa.

Katanya, selain dijual secara terbuka dan berleluasa, lelaki berkenaan juga turut  mengiklannya di media sosial untuk tujuan promosi.

Menurut Asmin, antara kandungan whatsApp yang diterimanya dari lelaki berkenaan ialah “Kau mau pecah muka bertaburan nyawa kau tunggu saya punya kawan cari kau”.

Bimbang dengan keselamatan dirinya , Asmin berbincang dengan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi SCORE. Atas nasihat peguam SCORE dan Jawatan Kuasa Tertinggi lain, Asmin  kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Inanam pada keesokkannya.

“Saya rasa terkilan kerana orang yang sanggup ‘merompak’ harta rakan sendiri dan berniat mengancam untuk membunuh adalah rakan yang sama-sama pemain dalam kerjaya muzik di Sabah”.

-Asmin Mudin-

“Semua pemain dalam muzik di Sabah sepatutnya berganding bahu memartabatkan dan mengindustrikan muzik di Sabah dan bukan memusnahkannya,” kata beliau.

Kata Asmin, sebagai Pengerusi SCORE, beliau  bertanggungjawab untuk menegur lelaki terbabit di atas tindakannya .Lagipun banyak lagu-lagu saya dan ahli persatuan ada di dalam hard disk yang dijual oleh beliau.

“Namun saya tidak menyangka lelaki itu ada niat mahu membunuh saya,” katanya ketika kepada media hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkenaan dan polis sedang menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan ugutan jenayah. –BORNEO BULETIN.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN