Antara ketua Jabatan kerajaan yang hadir.
RANAU: Kompleks Pentadbiran Persekutuan daerah ini merupakan yang Ketiga Paling Bersih dan indah peringkat nasional.
Pegawai Pendidikan daerah Ranau, Majus Munsing mendedahkan maklumat itu ketika berucap pada sambutan majis Hari Raya Aidilfitri anjuran lebih 10 Jabatan Persekutuan di daerah itu petang tadi (24 Mei) yang dihadiri lebih 300 Ketua dan Kakitangan Jabatan kerajaan Persekutuan.
Majus dalam ucapanya, merakam penghargaan syabas dan terima kasih kepada kakitangan Persekutuan dengan kerjasama unit pembembersihan bangunan kompleks tersebut kerana ada permuafakatan, perpaduan serta kerjasama mewujudkan kebersihan dan kecerian bangunan tersebut.
Menyentuh majlis Hari Raya Aidilfitri itu, Majus mengharapkan dapat memupuk perpaduan dan keharmonian dikalangan kakitangan kerajaan dan orang awam.
“Saya mewakili Jawatankuasa penganjur merakam penghargaan terima kasih kepada semua yang hadir, moga majlis seumpama ini menjadi titian.muhibbah mengekalkan perpaduan dan permu
afakatan sedia terjalin dikalangan kakitangan kerajaan dan org ramai”, jelas Majus yang akan bersara wajib dalam Perkhidmatan Pendidikan bermula esok (25 Mei).
Antara ratusan yang hadir ialah, Pegawai Daerah Ranau, Jumain Bin Abdul Ghani, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP.Simiun Bin Lomudin, Pegawai Penerangan (JaPen) Daerah Ranau, Kenney Thomas serta Ketua Bomba dan Penyelamat Ranau, Riduan Mohd.Taib.
Majlis telah diserikan dengan lagu dan Jamuan Raya.



