ADVERTISEMENTspot_img

Masidi kagum dengan kolaborasi antara sekolah dan PIBG, realisasikan slogan “Best Among The Best”.

Oleh: BOY BAIRI

RANAU: Kolaborasi antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Ranau, merealisasikan slogan “Best Among The Best” dikagumi dan mendapat pujian.

Pujian itu dizahirkan, ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ketika berucap merasmikan Hari Apresiasi Kecemerlangan SK Pekan Ranau Kali Ke-83, di sekolah itu, baru-baru ini.

MASIDI…berucap pada majlis itu

Masidi berkata, penerapan slogan “Best Among The Best” dalam semua aktiviti di peringkat sekolah itu disifatkan beliau sebagai pendekatan yang cemerlang.

Bagaimanapun katanya, sebaik sahaja warga sekolah berjaya meletakkan nama sebaris dengan sekolah-sekolah terbaik di daerah ini, pencapaian tersebut seharusnya dipertahan malah perlu dianjakkan.

MOSTAJAH Guru Besar SK Pekan Ranau, turut beucap

“Slogan “Best Among The Best” (terbaik antara terbaik) harus dianjakkan kepada “Above All” iaitu suatu slogan yang menggambarkan kepada suatu pencapaian terbaik mengatasi semua.

“Bagi saya, slogan atau motto hidup amat penting, ianya boleh membentuk peribadi dan persepsi kita terhadap sesuatu. Ia juga boleh menjadi pembakar semangat untuk lebih berjaya.

“Bukan sahaja untuk berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan, tetapi juga dalam setiap amanah yang kita pikul,” ujar Masidi.

Masidi turut memasukan sejumlah sumbangan ke dalam kotak sumbangan.

Masidi yang juga, Timbalan Pengerusi Pimpinan Bersatu Negeri Sabah turut memuji usaha serta kemampuan pihak sekolah dan PIBG sekolah itu yang berjaya mengatasi halangan dalam keterbatasan peruntukan untuk membina dan menyiapkan Dewan Terbuka SK Pekan Ranau yang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Guru Besar (Kiri) menyampaikan cenderamata kepada Masidi

Katanya, usaha seumpama itu sesuatu yang luar biasa dan membanggakan. Beliau percaya, kejayaan itu adalah hasil daripada sikap keterbukaan, kebersamaan  dan rasa tanggungjawab warga sekolah dan PIBG yang mengatasi kepentingan peribadi.

Pada majlis itu, Masidi turut diberi penghormatan untuk merasmikan Projek Tanaman Fertigasi PIBG, sekaligus menyempurnakan perasmian Dewan Terbuka SK Pekan Ranau, hasil sumbangan beliau sebelum ini.

Masidi melakukan gimik perasmian sambil dperhatikan yang lain

Masidi juga mengumumkan sumbangan berjumlah RM12,000 dengan pecahan sebanyak RM6,000 disumbangkan sebagai tanda menyokong Projek Tanaman Fertigasi PIBG 2019 dan RM6,000 lagi untuk disumbangkan kepada Program-Program Kecemerlangan SK Pekan Ranau Tahun 2020.

Sebahagian tetamu, guru-guru, ibubapa dan murid yang hadir

Hadir sama pada majlis itu, Wakil Pegawai Pendidikan Daerah, Siti Aisyah Mat Saad, Guru Besar, Mostajah @ Zunaidi Dollah, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Ranau, Michael Yahya Dunggi, Ketua Armada Ranau, Rosdi Abdul Ghani, Timbalan YDP PIBG, Nur Asyikin Dohek Abdullah, para ibu bapa dan juga warga sekolah.-TAMAT-

Projek Tanaman Fertigasi PIBG,
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN