Norhasimah (tujuh kiri) dan Nurliana bersama barisan peserta Simposium Peer Assisted Learning (PAL) 2023.
LABUAN – Kontinjen Kolej Matrikulasi Labuan (KML), Wilayah Persekutuan Labuan berjaya memenangi 9 pingat emas dan 2 pingat perak di Simposium Peer Assisted Learning (PAL) 2023, Program Matrikulasi, Kali Ketiga yang diadakan di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng, baru-baru ini.
Tujuh pingat emas itu diperolehi menerusi kategori 1, Penyampaian Lisan dan masing-masing satu emas menerusi kategori 2, Pertandingan Poster dan kategori 3, Video Pelaksanaan Program PAL di Kolej Matrikulasi.
Kolej Matrikulasi Labuan diwakili oleh 20 orang pemimpin PAL bagi 3 kategori yang dipertandingkan.
Kategori 1 iaitu pembentangan lisan mata pelajaran, Jurusan Sains bagi Subjek Biologi diwakili oleh Tham Ting Yew dan Peter Tang See Han, Fizik Bong Jing Ying dan Mohammad Farihin Roslan, Kimia Eveline Sima anak Paridin dan Kizzer Poh Wee Shen.
Seterusnya bagi Subjek Sains Komputer diwakili oleh Nur Aina Latifah Umar dan Shirley Osman serta Matematik Sains, Chai Rui Han dan Liew En Yii.
Manakala bagi Jurusan Perakaunan, Subjek Ekonomi diwakili oleh Chin Jin Le dan Chin Zheng Hung, Subjek Perakaunan oleh Jennice Woliston John, Pengurusan Perniagaan Grace Nathania Gaisah dan Vanessa Shimai anak Insuil serta Matematik Akaun Edwin Mau Yew Jiun dan Nur Fatini Mahrin.
Kategori 2 iaitu Pertandingan Poster Pelaksanaan Program PAL di Kolej Matrikulasi diwakili oleh Pengerusi PAL Kolej Matrikulasi Labuan, Mohamad Haikal Partono.
Kategori 3 Pertandingan Video TikTok Promosi Program PAL di Kolej Matrikulasi telah diwakili oleh Cleo Law Eng Yee dan Rania Teoni Teo Ko Siong.
Bagi kategori ini, peserta hanya perlu memuat naik video di aplikasi TikTok PAL Leaders KML untuk dinilai oleh juri.
Semua peserta dibimbing oleh Pensyarah Pembimbing Akademik bagi subjek masing-masing iaitu Meor Syazlan Haiqal Mohamad Anuar (Biologi), Nurul Safina Jumpil Alias Jamil (Fizik), Nuratiyah Mohd Fauzin (Kimia), Syed Nasir Syed Ahmad (Sains Komputer) dan Syarmallah Dina Saikim (Matematik Sains),
Selain itu, Norti Haji Panai (Ekonomi), Florence Loo @ Fauziah Abdullah (Pengurusan Perniagaan), Zarina Naharawi (Perakaunan) dan Siti Syamsiah Ali (Matematik Akaun).
Kontinjen Kolej Matrikulasi Labuan mengabadikan kenangan bersama Kontinjen Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Di samping itu, peserta juga mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada dua orang Guru Cemerlang iaitu Byron Mc Micheal Kadum dan Muhammad Shazwan Sheikh Abdul Razak serta Norhasimah Awang Damit yang merupakan Penyelaras Program PAL Kolej Matrikulasi Labuan.
Sementara itu, Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan, Mohd Mahyuddin Mohd Noordin merakamkan penghargaan atas kejayaan pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama KML di peringkat kebangsaan.
Beliau berharap semoga simposium ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik.
Sebanyak 14 buah Kolej Matrikulasi dan 3 buah Kolej MARA telah menyertai Simposium Peer Assisted Learning (PAL) 2023.
Pelaksanaan Simposium Peer Assisted Learning adalah bertujuan memperkasa jaringan kerjasama antara semua pemimpin PAL seluruh negara dalam Program Matrikulasi.
Simposium ini juga menjadi landasan bagi pemimpin PAL untuk mengetengahkan bakat dan idea di peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, ia menjadi medan yang sesuai bagi pemimpin PAL berkongsi idea dan cara dalam melaksanakan program PAL di kolej masing-masing.
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar Bahagian Matrikulasi, Mohd Kassim Jaafar dan Pengarah Kolej Matrikulasi Perak, Azman Mokhtar menyampaikan hadiah kepada semua pemenang semasa Majlis Penutupan Simposium PAL 2023.