28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Kiamsam bakal dapat Balai Bomba baharu

SIJIL…. A Muqtadir Halim  wakil BERNAMA   antara pemgamal media yang menerima Sijil Penghargaan daripada Abdul Rahman.

LABUAN: Kawasan  penduduk sekitar kampung Kiansam di sini dijangka bakal menerima sebuah balai bomba pada tahun hadapan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan, Abdul Rahman Ali berkata,  pembinaan balai bomba baharu itu bukan sahaja dapat memberikan respon lebih cepat tetapi juga menjadi keperluan berdasarkan  kepadatan penduduk  yang semakin bertambah di  kawasan tersebut.

“Kita berharap pembinaanya akan dapat dilaksanakan pada tahun hadapan, namun semua ini bergantung kepada peruntukkan kerajaan dan bajet yang akan di salurkan” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perbarisan Tahunan JBPM 2023 peringkat Labuan di Ibu Pejabat JBPM Labuan, Rancha-Rancha, pada Selasa.

Sementara itu katanya, JBPM Labuan juga akan terus meningkatkan kerjasama dan berkolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta  bagi memastikan  perkhidmatan  kebombaan  dapat disampaikan kepada masyarakat dengan lebih berkesan khususnya mengenai kesedaran awam  yang melibatkan insiden  kebakaran rumah dan sebagainya.

“JPBM Labuan akan terus melaksanakan pelbagai kempen mencegah kebakaran termasuk menganjurkan seminar  bagi memberi kesedaran dan kesannya  akibat kebakaran  kepada orang awam” katanya.

Pada majlis itu turut diadakan  penyampaian sijil penghargaan kepada agensi kerajaan, pengamal media dan juga inidividu yang menjadi Hero Bomba.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN