28 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kg.Toboh Pahu bakal memiliki dewan terbuka

TERIMA KASIH…Datuk Jonathan menerima cenderakenangan disampaikan John (kanan) diperhatikan yang lain.

RANAU: Warga Kg.Toboh Pahu terletak 44 kilometer dari pekan di sini, menarik nafas lega kerana mendapat kelulusan peruntukan berjumlah RM50,000 daripada Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin untuk kos membina sebuah Dewan Terbuka di kampung berkenaan.

Datuk Jonathan telah mengumumkan peruntukan itu ketika berucap merasmikan Lawatan Singkat dan Pemimpin Bersama Rakyat di Kg.Toboh Pahu baru-baru ini yang dihadiri lebih 80 orang penduduk.

Jonathan dalam ucapanya, memaklumkan pihaknya  tetap  berusaha untuk menunaikan setiap keperluan mendesak di setiap kampung sebaik sahaja ada dana yang mencukupi.

“Peruntukan untuk membina Dewan Terbuka di sini, akan saya tunaikan  walaupun kita menghadapi kekangan dana”, jelas Datuk Jonathan sambil merakam penghargaan dan  terima kasih kepada  warga Kg.Toboh Pahu dan penduduk kampung -kampung sekitar atas sokongan kepadanya untuk memenangi PRU15 yang lepas.

Terdahulu Pengerusi JPKK Kg.Toboh Pahu, Flora Golontuh dalam ucapannya mewakili penduduk berterima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan bersama rombonganya daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau

“Saya mewakili penduduk kampung ini, berterima kasih kepada Datuk Jonathan kerana meluluskan peruntukan RM50,000 untuk kos  pembinaan Dewan Terbuka yang amat kami perlukan selama ini”, tegas Flora.

Turut hadir pada majlis itu ialah, Pengerusi JPKK Kg.Toboh Lama, Roslin Salungin dan Ketua Kampung Kg.Toboh  Lama John Garamu.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN