GAMBAR: Jonathan Yassin
0leh: Jainuddin Nasir
RANAU: Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang juga Ahli Parlimen Ranau, YB. Jonathan Yasin telah meluluskan peruntukan Dana berjumlah RM20 ribu kepada JPKK Kg.Pahu di sini bagi membiayai kos keperluan kampung berkenaan.
Peruntukan dana tersebut telah diumumkan YB Jonathan sempena program Santai Pemimpin Bersama Rakyat di Kg.Pahu baru-baru ini yang dihadiri lebih 30 orang penduduk.
Jonathan dalam ucapanya, menyeru penduduk khususnya JPKK agar sentiasa memastikan permuafakatan jitu serta bersepadu memupuk toleransi dan memperkukuhkan persaudaraan sedia terjalin dikalangan mereka.
“Satu lagi yang paling penting sekarang dunia termasuk negara kita kini masih berdepan dengan pandemik Covid-19 yang belum berakhir.
“Kita harus berhati-hati dengan mengamalkan kesihatan dan kebersihan diri sebaik mungkin dan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan”, jelas Jonathan, sambil berterima kasih atas sambutan yang diberikan oleh masyarakat Kg.Pahu.
Sementara itu pada majlis yang sama di Kg.Kibbas Bawah Jonathan melulus RM10 ribu untuk tabung JPKK dan RM 10 ribu lagi untuk pembaikan tapak rekreasi kampung berkenaan.
Jonathan menegaskan pihaknya serius membantu menjaga kebajikan rakyat khasnya Ranau dan Sabah seluruhnya tanpa memilih suku kaum, agama dan fahaman politik.
          Â