SERAHKAN BORANG…Jefferiden (baju merah) menyerahkan borang keahlian kepada Dr Daud sambil disaksikan oleh Adeli,Abdullah, Said dan William.
BEAUFORT: Keyakinan rakyat terhadap Parti Warisan semakin meningkat dari hari kehari berikutan semakin ramai ahli dan penyokong dari parti lawan menyertai parti ini, kata Naib Presidennya, Dr Daud Haji Yusof.
Â
Beliau berkata kemasukan ini membuktikan kebangkitan rakyat untuk memberikan sokongan kepada parti tempatan Warisan yang akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Umum ke-17 pada 29Â November depan. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menentapkan 15 Novemberi ini untuk penamaan calon.
Â
“Kebangkitan dan segala usaha yang dijalankan ini hendaklah tidak dipersia-siakan dan keluarlah mengundi untuk memberikan sokongan kepada Warisan dalam PRU kali ini untuk membolehkan Warisan mencapai kemenangan besar,”kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bongawan itu.
Â
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Perjumppan Bersama Rakyat di Pusat Daerah Mengundi Limbawang pada Sabtu lalu dan menerima keahlian lebih 80 orang yang menyertai Warisan.
Â
“Jangan kita berpecah belah dan siapa pun yang akan dipilih menjadi calon hendaklah diberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi di DUN Klias, Lumadan dan Sindumin,”tegas Dr Daud.
Â
Dr Daud berkata rakyat sekarang mahukan perubahan yang drastik untuk mengatasi masalah seperti bekalan air bersih,elektrik dan jalan raya dan jika Warisan diberikan peluang tentu pentadbiran baharu akan memfokoskan masalah tiga serangkai yang dihadapi oleh seluruh rakyat ini.
Â
Bekas Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan semasa era pemerintahan Warisan itu berkata, Sabah mempunyai tanah pertanian yang luas dan ianya perlu dimajukan untuk mengeluarkan hasil pertanian bukan saja untuk sumber makanan di negeri ini juga boleh dieksport ke luar negeri.
Â
“Kita perlu lipatgandakan usaha ini dan yang paling penting kita perlu sediakan infrastruktur seperti jalan raya,perparitan untuk memudahkan petani mengusahakan tanah-tanah mereka yang terbiar,” tambahnya..

Â
PENYOKONG WARISAN… Dr Daud bersama kepimpinan DUN Klias dan Lumadan di majlis itu.
Beliau berkata masalah jalan raya bukan saja membantutkan aktiviti pertanian malah industri pelancongan seperti di Beaufort ini yang mempunyai tempat daya tarikan pelancong yang banyak seperti yang ada di Kg Klias,Gerama dan Weston.
Â
Dr Daud berkata banyak aduan diterima bukan saja dari rakyat malah pengusaha industri pelancongan tentang masalah jalan raya dan masalah bekalan air bersih serta elektrik yang serong terganggu.
Â
“Jika Warisan diberikan kepercayaan untuk mentadbir negeri ini semula selepas hanya berkesempatan mentadibr selama 22 buan, kita akan berusaha mengatasi masalah yang dihadapi ini dan memberikan tumpuan terhadapnya.
Â
Pengerusi Penganjur yang juga bekas Bendahari PKR Cabang Beaufort, Abdullah Okin dalam ucapannya berkata penyertaan ahli-ahli yang baharu bukan bertujuan melobi untuk menjadi calon atau ditawarkan apa-apa jawatan tetapi untuk memantapkan lahi kekuatan Warisan di DUN ini.
Â
Bagaimanapun katanya bersedia memikul tanggungjawab jika diberi kepercayaan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Shafie Apdal.
Â
Beliau sekali lagi menjelaskan perjumpaan dengan Shafie tempoh hari hanya bertujuan menyerahkan 180 borang penyertaan dari bekas ahli PKR yang keluar parti itu yang tertarik dengan perjuangan Warisan untuk membela nasib rakyat di negeri ini.
Â
“Kita kesal dengan kepimpinan tertinggi PKR terutama diperingkat pusat dan negeri yang sering cantas mencantas antara satu dengan yang lain, membuatkan parti ini sering bergolak dan tidak tabil,” tambahnya.
Â
Turut berucap pada perjumpaan itu Ketua Penyelaras Warisan DUN Klias,Adeli Abat dan juga bekas Pegawai Daerah Beaufort, Said Osman.



