27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KETUA POLIS RANAU YANG BAHARU ADAKAN LAWATAN PERTAMA

Gambar : IPD Ranau

OLEH : ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Ketua Polis Daerah Ranau yang baharu, Deputi Superintendan Simiun Lomudin, hari ini mengadakan lawatan pertamanya di beberpa lokasi selepas serah terima tugas pada Rabu.

Antara lokasi lawatan beliau ialah, Balai Polis Kundasang dan tiga lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di daerah ini.

Lawatan Simiun turut diiringi Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau terdiri ASP Jailix Amindang dan ASP Christopher Vincent.

Pada lawatan itu, Simiun mengingatkan dan menasihati para petugas barisan hadapan agar sentiasa meningkatkan prestasi, fokus dengan tugas dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Beliau turut  mengingatkan anggotanya agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan tugas kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Sumber: page FB IPD Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN