24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ketua MCA Labuan dilantik Timbalan Pengerusi LPA

DATUK Chin Hong Vui…..Timbalan Pengerusi LPA

LABUAN: Ketua MCA Bahagian Labuan, Datuk Chin Hon Vui dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan  (LPA) yang baharu.

Perlantikan itu disahkan sendiri oleh Chin kepada media selepas menerima surat pengesahan perlantikan itu pada 17 Julai yang lalu.

Sementara itu, mantan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Kamalanathan a/l Panchanathan telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan  yang baharu berkuatkuasa 9 Julai hingga 8 Julai 2021.

Manakala anggota ahli Lembaga Pengarah baharu  ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman, Pengurus Besar LPA, Zulkarnain Ayub, Timbalan Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Khalid Ab Ghani, Timbalan Ketua Parti Bersatu Bahagian Labuan, Abdullah Omat dan Ketua MCA Sabah, Lee Wan Tung.

Tiga anggota lain adalah wakil dari Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan. https://borneodailybulletin.com/

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN