26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 17, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ketua Kampung perlu bantu selesai masalah rakyat


Hendrus Anding (empat, kanan) menyerahkan watikan pelantikan Ketua Kampung kepada salah seorang penerima lantikan. Turut hadir ialah Christopher Mandut, (dua, kiri).

KOTA MARUDU, 5 Februari 2021: Ketua-ketua kampung perlu menjalankan tanggungjawab mereka dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Mereka adalah wakil yang dilantik bagi mewakili kerajaan untuk membantu rakyat maka peranan itu perlu dilaksanakan secara jujur, ikhlas dan adil.

Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding berkata, ketua-ketua kampung juga mesti proaktif supaya tahu apa masalah yang dialami rakyat.

“Ketua kampung juga mesti rajin, mesra dan sentiasa terbuka menerima pendapat dari rakyat.

“Mereka juga haruslah bersikap tegas dan berpendirian teguh, tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis lantikan ketua kampung bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek.

Seramai 52 Ketua Kampung telah menerima lantikan dan watikah pelantikan disampaikan oleh Hendrus.
Beliau berkata, ketua kampung tidak boleh hanya duduk di balai raya, sebaliknya perlu sentiasa keluar menyelesaikan masalah rakyat.

“Setiap permasalahan rakyat haruslah diselidiki dengan lebih terperinci dan KK perlu bijaksana dan tidak berat sebelah,” tegasnya.

Pada masa yang sama juga, Hendrus mengingatkan juga agar KK memastikan semua penduduk kampung terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memutuskan penularan wabak Covid-19 yang kini sudah berada dalam komuniti kampung.

Majlis penyerahan watikah pelantikan itu disaksikan oleh Setiausaha Politik Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Jabatan Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Christopher Mandut; Ketua Daerah Orang Kaya-Kaya (OKK), Elui Majingkin; Pegawai Pemimpin Masyarakat N.7 Tandek, Majawap Masantun dan Pegawai Kemajuan Masyarakat, Josey Vung Nyuk Chin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN