25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KETUA KAMPUNG DIARAH LAPOR JIKA BERLAKU PELANGGARAN SOP

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

KOTA KINABALU: Semua Ketua Kampung di negeri ini diarah melaporkan kepada pihak berkuasa dengan serta merta jika berlaku pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara di bawah Akta 342.

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Paglima Haji Masidi Manjun, berkata demi membendung penularan penyakit COVID -19 di negeri ini, maka Kerajaan Negeri melalui KKTP  telah mengarahkan semua Ketua  Kampung untuk  membuat pemantauan dalam kawasan pentadbiran masing-masing.

“Ini selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Ketua Kampung di bawah Ordinan Pentadbiran Luar Bandar [Sabah Bab 132] (OPLB).

“Laporkan terus kepada pihak berkuasa seperti Mayor Bandaraya Kota Kinabalu,  Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Kecil dengan serta merta jika berlaku pelanggaran SOP,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Masidi, Ketua Kampung hendaklah melaporkan jika berlaku perkara-perkara yang boleh membawa kepada  penularan wabak penyakit COVID-19 di dalam kampung, beraku kematian atau didapati ada penduduk kampung termasuk orang yang berada dalam kampung melakukan atau cuba  melakukan atau dengan niat melakukan kesalahan yang melanggar SOP  yang dikeluarkan oleh MKN.


Selain itu katanya, Ketua Kampung juga perlu mengambil langkah mengawal pergerakan kemasukan orang luar ke dalam kawasan kampung dengan merekodkan maklumat orang yang masuk dan keluar dari kampung masing-masing.

“Kerjasama dan tanggungjawab semua Ketua Kampung amat diperlukan demi untuk membantu Kerajaan dalam mengawal penularan penyakit COVID-19 ini yang semakin serius,” tegas Masidi.
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN