27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kunjungan hormat: Kesesakan lalu lintas Bandar Keningau antara topik penting dibincangkan

Robert (kiri)semasa berbincang dengan Walter

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin membuat kunjungan hormat kepada   Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson di Pejabat Pegawai Daerah di sini hari ini.

Menurut Robert yang juga.Pembantu Menteri kerja Raya, kunjungan hormat itu bertujuan membincang pembangunan Daerah Keningau khususnya DUN Bingkor.

Katanya, perancangan pembangunan yang dibincangkan membabitkan rancangan jangka pendek dan jangka panjang di daerah ini.

“Kesesakan lalu lintas Bandar Keningau juga adalah antara topik penting yang dibincangkan” katanya.

Beliau berkata, kajian naiktaraf Majlis Daerah Keningau kepada Majlis Perbendaraan turut dibincangkan.

Selain itu katanya pelan pembangunan Pekan Bingkor dan Pekan Apin-Apin juga turut dibangkitkan dalam perbincangan pada kunjungan hormat itu. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN