27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kesesakan jalanraya disebabkan pertambahan kenderaan sempena perayaan: Masidi

Datuk Masidi (empat kiri) memotong reben perasmian Red Tierra Homestay disaksikan Datuk Abidin (tiga kiri) dan Haji Roslan (empat kanan) bersama yang lain.

RANAU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun berkata, kesesakan pengguna jalanraya  antara Tamparuli hingga ke pantai timur Sabah sekarang ini adalah disebabkan pertambahan pengguna berkenderaan ke distinasi masing-masing (balik kampung) sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ketika ini.

Menurutnya, keadaan itu berlaku biasanya pada hujung minggu atau ketika sesuatu perayaan dan keadaan kembali normal pada hari-hari biasa.

“Keadaan kesesakan itu akan dapat diatasi apabila pembinaan jalan Pan Borneo  terlaksana dalam tempuh tidak lama lagi mengikut perancangan  kerajaan”, jelas Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan ketika berucap pada majis 3 Dalam 1, (Hari
Keluarga, Perasmian Red Tierra Homestay dan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri) anjuran Keluarga Haji Roslan Bin Daiman di Tanah Merah terletak 5 kilometer dari pekan Ranau pada Selasa.

Datuk Masidi berkeyakinan keadaan kesesakan yang berlaku ketika ini akan kembali pulih selepas perayaan Hari Raya kerana ramai balik ke lokasi tempat kerja mereka.

“Rakyat kena bersabar menghadapi keadaan ini, kerana kesesakan   tetap berlaku juga   apabila  sesuatu kemalangan jalanraya dan Pembaikan Jalan Raya yang mengalami tanah runtuh yang  tidak dijangka”, tegas Masidi.

Menyentuh majlis itu, Masidi memuji keluarga Haji Roslan kerana berjaya menganjurkan majlis ‘3 Dalam 1’itu yang tentunya mampu mengeratkan  silaturrahim sedia terjalan dikalangan ahli keluarga yang mungkin terpisah jauh di merata tempat di negara ini mengikut kerjaya masing-masing.

“Majlis seumpama ini, memang wajar diadakan agar persaudaraan tidak terhenti dan tidak terputus hinggalah ke generasi akan datang”, tegasnya.

Mengenai Homestay yang diramikannya itu, Masidi, menyifatkannya sebagai satu lagi kemudahan para pengunjung atau pelancong ke daerah Ranau sebagai lokasi penginapan  menarik dengan pemandangan sawah padi dan alam semulajadi sekitarnya selain panorama Gunung Kinabalu yang indah.

Red Tiera Homestay mempunyai 8 Bilik Sewa dengan bayaran RM100 (satu malam), sebuah restoran dan pelbagai kemudahan termasuk kawasan tapak letak kereta yang luas dan selamat telah mula dibina pada tahun 2019 dan siap sepenuhnya pada November  2021.

Turut hadir pada majlis itu ialah, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir dan Pengerusi Persatuan Pesarah kerajaan Persekutuan cawangan Ranau, Erwan Gunda.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN