Kesesakan jalanraya yang berlaku di Ranau setiap kali musim cuti sekolah memberi impak negative kepada ribuan pengguna jalan
RANAU: Kesesakan jalanraya di Pekan Kundasang dan Pekan Ranau yang berlaku sepanjang cuti panjang dari 25 Mei hingga 3 Jun 2024 memberikan kesan negative kepada ribuan pengguna jalan di sini.
Kesesakan di Pekan Kundasang dan Pekan Ranau bukan lagj satu fenomena biasa tetapi terlalu luar biasa apabila ia melibatkan deretan kenderaan yang bergerak inchi demi inchi sejauh puluhan kilometer.
Hal ini menjadi begitu berimpak sehinbggakan ia diutarakan di laman-laman media sosial dengan pelbagai reaksi yang kebanyakannya mahukan supaya perkara ini ditangani oleh pihak berwajib.
Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Kundasang Ranau, Japiril Suhaimin menyoal, apakah pihak berwajib akan terus memandangnya dengan sebelah mata sahaja dan tidak mengambil tindakan.
āKesesakan begini sudah berlaku sejak tahun 2015, iaitu 10 tahun lalu tetapi masih tiada tindakan yang di buat oleh pihak berwajib.
āOrang awam bertanya, apakah tempoh 10 tahun ini tidak cukup untuk merancang, melulus dan mencari peruntukan kewangan untuk menaiktaraf jalan raya?ā soal beliau.
Pada 28 Mei hingga 2 Jun pengguna jalanraya yang bertolak dari Masilau Cattle mengambil masa 1 jam 40 minit untuk sampai ke Pekan Kundasang yang jauhnya hanya 5 kilometer.
Perjalanan darı Ranau ke Kundasang mengambil masa 4 jam untuk perjalanan 15 km sahaja, manakala perjalanan darı Tamparuli ke Kundasang yang biasanya hanya 1 jam, pada tarikh 28 Mei 2024, hingga 3 Jun mengambil masa 4 jam.
Japiril berkata, kesesakan begini adalah pengukur betapa besarnya kadar penggunaan Jalan Kundasang Ranau kerana ini merupakan laluan utama dari Kota Kinabalu menuju Sandakan, Telupid, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.
āKesesakan begini bukan kali pertama tapi sering berlaku terutama semasa cuti perayaan, cuti persekolahan dan hujung minggu.
āRamai pelancong dan pengguna jalan menggunakan jalan ini sebagai laluan utama. Dan isu kesesakan di Kundasang dan Ranau menjadi keluhan seluruh pengguna jalanraya,ā katanya.
Menurut beliau lagi, ramai yang merungut kerana ada yang terlepas penerbangan kerana terdapat yang melancong ke Ranau adalah pelancong dari Semanjung Malaysia, Sarawak dan Brunei .
āKita merasa simpati kepada anak-anak kecil dan Warga Emas yang kelaparan serta menghadapi masalah untuk mencari tempat membuang air kecil dan besar apabila tersekat di dalam kesesakan ini,ā katanya.
Japiril menegaskan bahawa penyelasaian tuntas perlu dibuat dan tidak boleh dilengahkan lagi kearana jumlah kereta dan penduduk semakin bertambah.
āIni bermakna di tahun mendatang lebih ramai yang akan terus datang berkunjung ke Kundasang dan lebih banyak yang akan menggunakan jalan Tamparuli- Ranau ā Sandakan.
āJalan Kundasang ke Masilau perlu diperbaiki dan diperbesarkan dengan segera kerana Desa Cattle yang terletak di Masilau menjadi tumpuan utama. Apa lagi Desa Cattle adalah GLC milik Kerajaan Sabah.
āPerlu naik taraf jalan raya Pekan Ranau hingga Simpang Lohan Ranau, sekurang -kurangnya membina lorong memotong sepanjang jalan ini,ā katanya.
Tapi malangnya, ujar Japiril, cadangan pembaikan dan pembuatan jalan alternatif pun selalu sudah disuarakan tapi tidak ada apa-apa tindakan.
Pihak berwajib perlu melihat dan memperbaiki keseluruhan sisten aliran trafik yang menjejaskan kelancaran jalanraya seperti pembinaan traffic light khususnya Bulatan Ikan di Marakau dan Bulatan Pitcai di kundasang.
Pembinaan jambatan baru di Sungai Liwagu Ranau adalah keperluan utama kerana jambatan ini telah dibina sejak tahun 1970an pada ketika jumlah kereta masih kurang. Peningkatan pengguna menyebabkan jambatan ini tidak lagi dapat menampung.
āDari segi impak ekonomi kepada Sabah, bayangkan berapa banyak wang dapat dibelanjakan oleh pelancong jika mereka tidak terpaksa menghabiskan masa yang lama di atas jalan raya hanya kerana kesesakan yang sepatutnya boleh diselesaikan.
āKerajaan Malaysia dan Sabah mesti memandang berat perkara ini serta mengambil tindakan serta merta kerana keadaan ini amat menjejaskan sektor pelancongan di daerah Ranau khususnya dan Sabah amnya.
āKementerian Kerjaraya dan Kementerian Pelancongan seharusnya menjadikan kesesakan yang sudah lama berlaku di Pekan Kundasang dan Pekan Ranau menjadi keutamaan untuk penyelasaian,ā tegas beliau.