28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kesediaan Menteri, ADUN GRS menyumbang sebahagian gaji bulanan satu pengorbanan: Yazid

Yazid (gambar)…Kesedian Jemaah Menteri, ADUN Kerajaan sumbangkan sebahagian gaji satu pengorbanan besar.

Oleh:Marutin Ansiung

KENINGAU:Ahli Jawatankuasa Bahagian STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles  menyifatkan kesediaan Jemaah Menteri dan ADUN  kerajaan Negeri Sabah GRS menyumbangkan sebahagian gaji bulanan mereka adalah satu pengorbanan yang besar terhadap rakyat Negeri Sabah.

Katanya,dengan sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu pihak kerajaan dalam menanggung keperluan rakyat dalam situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara khususnya negeri Sabah.

“Kita tahu, sejak pandemik Covid-19 ini melanda negara sehingga hari ini, kerajaan telah menyalurkan berbilion- billion Ringgit Malaysia kepada keperluan rakyat” katanya.

Yazid berkata, rakyat sudah tentu berterima kasih kepada Menteri, Pembantu Menteri dan ADUN Kerajaan  yang sedia menghulurkn sumbangan melalui potongon gaji mereka untuk dana pandemik Covid-19. 

Ini katanya, menunjukkan mereka sentiasa merasa denyutan hati dan bersama dengan  rakyat dalam menghadapi masa sukar ini.

Menurut Yazid, kesediaan Jemaah Menteri dan ADUN Kerajaan berbuat demikian adalah langkah bijak dan membuktikan keprihatinan mereka kepada rakyat.

Gambar:

Yazid…Kesedian Jemaah Menteri, ADUN Kerajaan sumbangkan sebahagian gaji satu pengorbanan besar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN