25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kesedaran tinggi warga Ranau dorong peningkatan imunisasi vaksin

Antara ratusan warga Ranau dan Kundasang yang menunggu giliran untuk menerlma suntikan di PPV Dewan Masyarakat Ranau.

RANAU: Atas kesedaran  betapa pentingnya untuk menjaga keselamatan nyawa sendiri, keluarga dan komuniti  daripada jangkitan Covid-19 telah mendorong peningkatan jumlah warga Ranau dan Kundasang menerima program imunisasi vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)  Dewan Masyarakat Ranau sejak Mac tahun 2021 sudah mencapai 46,095 (58.95 peratus) orang telah lengkap pengambilan vaksin suntikan dos kedua dan yang lainnya dos pertama masih menunggu suntikan kedua mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Seperkara lagi yang telah mendorong orang ramai supaya mengambil lengkap vaksin adalah inisiatif beberapa buah pejabat kerajaan, premis peniagaan dan institusi kewangan seperti Bank di pekan Ranau kini sudah mula menerima pelanggan mereka yang hnya sudah lengkap  2 suntikan vaksin sebagai syarat utama.

Ramai yang sempat ditemui menyifatkan langkah tersebut sebagai positif bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang kini masih belum berakhir.

Dr.Edwaider (tengah) sedang meneliti dokumen salah satu warga emas yang berkerusi roda.

“Tindakan tidak membenarkan masuk di dalam premis atau pejabat kepada mereka yang belum lengkap suntikan dos kedua perlu dilihat sebagai positif bagi mengekang penularan Covid-19 di Sabah khasnya di Ranau”, jelas Haji Roslan Bin Daiman dari Kg.Muhibah Ranau.

Tinjauan penulis ke Dewan Masyarakat Ranau seawal 7.00 pagi tadi mendapati- 1,293 orang dari pelbagai suku kaum hadir dan bersedia menunggu giliran untuk menerima suntikan masing-masing sama ada dos  pertama atau kedua jenis vaksin Pfizer.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah Ranau selaku Ketua Penyelaras PPV dewan Masyarakat Ranau, Dr.Edwaider Koimon ketika ditemui menyeru penduduk yang belum menerima suntikan supaya mendaftar menerusi Mysejahtera atau secara manuel bagi mendapatkan jadual suntikan.

“Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) amat menhgalakkan rakyat Malaysia tidak kira di mana saja mereka berada supaya mendapatkan suntikan lengkap vaksin untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19 ‘Lindung Diri, Lindung Semua'”, tegas Dr.Edwaider.

                 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN