25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerjasama pemimpin masyarakat bersama ALPH amat diperlukan – Dr Adnan

Dr Ishvender (7 dari kiri barisan depan ), Dr Ramli (6 dari kiri barisan hadapan) bersama ahli ALPH dan ketua ketua kampung yang hadir pada program tersebut

LABUAN: Kerjasama antara Pemimpin Masyarakat dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Labuan (ALPH) amat diperlukan dalam mencapai matlamat bersama, khususnya dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.

Pengarah Hospital Labuan, Dr Adnan Musa Balidran berkata, kerjasama kedua dua pihak boleh diterjemahkan melalui sesi perbincangan dan perkongsian ilmu disamping memperkukuhkan hubungan pemimpin masyarakat dan ahli ahli ALPH.

“Saya berharap program hari ini dapat memperkukuhkan hubungan anggota ALPH termasuk pihak hospital dengan pemimpin masyarakat disamping dapat membuka ruang bagi cadangan cadangan baru yang lebih baik demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini khususnya di Labuan ” , katanya ketika berucap merasmikan Program ALPH Bersama Pemimpin Masyarakat yang diadakan di Tiara Hotel Labuan di sini, baru baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah Perubatan, Hospital Labuan, Dr. Ishvender Singh Parmar

Hadir sama, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Labuan, Datuk Wira Dr. Ramli Tahir dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) zon Labuan, S. Rosli Matusin

Dalam pada itu, Dr Adnan turut menyeru kepada semua pihak untuk sama sama menjadikan program tersebut sebagai platform untuk Berkeloborasi, bertukar pendapat serta merangka langkah langkah konstruktif yang dapat memberi manfaat kepada semua.

Sementara itu, antara pengisian program itu ialah ceramah kwaihatan dan sesi penerangan mengenai peranan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Labuan yang disampaikan oleh Setiusaha ALPH, Haji Abu Bakar Ibrahim.

Turut diadakan pelantikan kampung angkat ALPH yang membabutkan 27 kampung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN