25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 10, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Kerjasama parti nasional dan tempatan ramuan terbaik untuk rakyat Sabah : Mustapha

PERMOHONAN…Dari kiri, George, Zaidi (tengah) dan yang lain menyaksikan Amat Alan (kiri) menyampaikan permohonan membaiki rumah da’if penduduk Kampung Beliajung dalam PDM Taritipan kepada Mustapha.

OLEH MOHD AMIN HAJI MUIN
DAN ABDUL JALIL MADARIN

KOTA MARUDU:Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mustapha Sakmud berkata, biarpun Parti Keadilan Rakyat beribu pejabat di Semenanjung Malaysia namun untuk Sabah parti itu dipimpin oleh rakyat Sabah sendiri.

Pengerusi Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah itu berkata gabungan parti nasional dan tempatan adalah ramuan terbaik untuk rakyat Sabah untuk membolehkan negeri ini sama-sama menikmati pembangunan negara seperti yang berlaku sekarang.

Menurut Mustapha hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan Negeri amat penting agar rakyat negeri ini akan sama-sama menikmati pembangunan fizikal dan  pembangunan siso-ekonmi.

Terdahulu beliau berkata seorang pemimpin atau ahli parti perlu  bekerja keras tanpa mengambil kira kelelahan dan kerugian untuk mencapai kejayaan  perkuanangan yang dihajatinya.

BAKUL MAKANAN…Mustapha (empat dari kanan) menyampaikan bakul makan kepada Haji Polok Hairun sambIl disaksikan oleh Zaidi berdiri tengah dibelakang dan yang lain.



“Seorang pemimpin yang ingin memulakan perubahan hidupnya untuk membantu masyarakat sekitarnya  ianya mestilah yakin dan tabah mendepani pelbagai rintangan yang terpaksa dilalui ini kerana setiap kejayaan yang dinikmati ianya setelah melalui pelbagai cabaran,”tegasnya.

Beliau  berharap ahli dan penyokong  Keadilan di 13 kawasan dalam Parlimen Kota Marudu bersatu dengan penuh harapan agar memberi ruang dan peluang kepada calon Keadilan Dun Bandau Saudara Zaidi Jatil di pilih pada Pilihan Raya Negeri ke17 yang tidak lama lagi.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen  Sepanggar berkata demikian di Majlis Temu Mesra Komuniti Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taritipan dan Tanjung Batu di Kampung Beliajung Dalam PDM Taritipan dekat sini petang kelmarin.

Terdahulu, Ketua Cabang Keadilan Kota Marudu, Zaidi Jatil berkata, baru-baru ini beliau telah dimaklumkan oleh Jabatan ICU Negeri Sabah dan Kota Marudu bahawa dua kelulusan projek di Kampung Beliajung dan Taritipan yang telah mereka  usahakan iaitu menaik taraf tandas Masjid Al Wardah Beliajung dengan menaik taraf Masjid Al Azhar Kampung Taritipan telah diluluskan.

Jelasnya,Parti Keadilan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjuang untuk semua  kaum, agama dan bangsa termasuk rakyat di Kota Marudu.

Katanya lagi, beberapa perkara penting yang harus dilihat untuk masa depan Kota Marudu pertama sekali daerah ini berpotensi untuk dibangunkan dari segi industri pertanian, perikanan dan pelancongan itu adalah matlamat kita bila mana kita diberikan mandat oleh rakyat menjadi pemimpin atau wakil rakyat pada pilihan raya nanti.

Tambahnya, baru-baru ini lawatan Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek ke Kota Marudu membawa berita gembira apabia  Menteri tersebut meluluskan peruntukan sejumlah RM48 juta untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Langkon dan kerja-kerja menaik taraf bermula hujung tahun ini.

Zaidi yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd menambah, kerajaan hari ini melihat dan mendengar keluh kesah rakyat maka setiap kemuskilan rakyat kerajaan mengambil kira dan perhatian serta tindakan.

Sehubungan itu, beliau  berterima kasih kepada kerajan Madani kerana tahun ini Kerajaan Pusat mempruntukan sebanyak RM7.6 billion untuk pembangunan negeri Sabah disamping mendapat peruntukan RM4.56 billon membina empangan Ulu Padas dan projek ini dijangka siap pada tahun 2030.

KENANGAN BERSAMA…Duduk tiga dan empat dari kanan, Mustapha dan Zaidi mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian daripada lebih 200 orang yang hadir.



Sementara itu, Ketua Pusat Daerah Mengundi Taritipan, Amat Alan Madari berkata, kehadiran parti Keadilan di dua PDM ini  membawa tuah dan satu perubahan ketara yang dapat dirasai oleh masyarakat di sini.

Katanya, parti Keadilan boleh membantu kepelbagaian terhadap rakyat Kota Marudu maka beliau dan Ketua PDM Tanjung Batu adalah diantara 13 buah PDM dalam Kota Marudu berikrar menyokong penuh agar Zaidi Jatil di pilih sebagai calon pada pilihan raya Negeri ke 17 yang diadakan dalam masa terdekat ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang Keadilan Datuk Seri George Rumuncai, Naib Ketua Cabang Alfie Khanapi, Naib 2 Ketua Cabang Hassnal Haji Omar, Naib 3, Ketua Cabang Mosiang Antarak, Timbalan Ketua Wanita Keadilan Kota Marudu Puan Saloma Salmin.

Turut hadir, Ketua Angkatan Muda Keadilan Hesyam Ali, Timbalan Ketua AMK Cabang Izwan, Ahli Jawatankuasa Cabang, Ajk Ketua AMK, Ajk Wanita dan warga kerja penganjur yang lain.
 
 


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN